Friday, May 6, 2011

Panasnya hari ni....

Saya rasa musim panas sudah hampir. Panas yang semacam petang ni tak seperti hari-hari yang berlalu.

Saya terbaca kisah berkenaan 'good listener'. Rupanya tidak semua orang boleh menjadi good listener. Ini kerana untuk menjadi pendengar kita perlu ibaratkan diri kita seperti mangkuk. Mangkuk yang berkedudukan paling bawah. Bayangkan bila dicurah air apa akan jadi? Ia akan mendapat kandungan air yang paling banyak dan melimpah yang mana boleh memberi manafaat kepada yang lain.

Di dalam sebuah organisasi, berapa ramai CEO yang minta pendapat daripada pekerja bawahan mereka? Sudah menjadi kebiasaan decision making di buat oleh pihak atasan tanpa mengambil kira pendapat pekerja bawahan. Ianya amat kurang dan ciri inilah yang boleh membawa kepada perubahan yang positif kepada organisasi yang majoriti kita terlepas pandang.

Sekadar meluang masa di stesen ERL.

No comments: