Monday, May 30, 2011

Appreciation Tea - 30 May 2011



Alhamdulillah syukur saya panjangkan kepada Allah SWT kerana pada petang ini saya menerima 'Certificate of Appreciation' di atas sumbangan saya dalam mengharumkan nama syarikat sejajar dengan aspirasi President dan CEO untuk menjadikan syarikat ini terbaik dan maju di Asia pada tahun 2015.


Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta yang banyak menyokong, tidak lupa juga kepada dua org anak saya Khadijah dan Naufal yang selalu kacau saya. Sudah pasti tanpa doa kedua ibu bapa saya, ibu dan bapa mertua serta sanak saudara dan kenalan yang mendoakan saya.


Semoga Allah mengurniakan rahmat dan memberkati usaha saya ini. Insyaallah.

Tok Abah & Bilal reserve.

Diberitakan tok abah dalam proses ujian untuk menggalas tugas bilal simpanan di masjid berhampiran rumah.

Tok abah melaungkan azan asar hari ini - 30/5/2011.

Kami mendoakan moga Allah beri kekuatan dan rezeki kepada tok abah untuk menjadi imam di masjid suatu hari nanti insyaallah.

Ianya suatu anjakan perubahan yang signifikan kepada tok abah. Kamu teruja mendengarnya.

Pocho2 - Hari Belia.

Dulunya ia pernah menimbulkan kontervasi di media massa. Ianya hangat diperkatakan oleh orang kebanyakkan.

Namun kini tidak lagi..............

Thank you Tok Chu!

Saturday, May 28, 2011

Minum petang - Pisang gor.....

Naufal makan murtabak.

Nenek Enson bagi murtabak petang ni. Sedap! Thank you nenek Enson.

Bismillah.......

Breakfast Menu Petronas.

Saya rasa cara mereka mencari punca2 pendapatan di bawah bumbung perniagaan menjual minyak amat berkesan sekali. Kalau dulu perniagaan hanya tertumpu kepada penjualan minyak, kini kelihatan seolah-olah ianya sebuah kedai runcit. Ianya mengubah cara hidup kita.

Maksud saya dulu breakfast di kedai mamak atau kedai makan seumpamanya. Tapi kini, ianya di kedai minyak.

Sama?

Ni gambar saya masa kecil dulu. Sama ker?

Sunday, May 22, 2011

Pulangkan buku di library....

Kitar semula..........

Hari ni kami ke pusat kitar semula. Berat jumlah barang kitar semula yang kami hantar seberat 17kg. Ianya termasuklah paper, tin biskut, minyak masak, botol, tin susu, dan botol kaca.

Naufal nak ke library, pulangkan buku.

Saturday, May 21, 2011

Wednesday, May 18, 2011

Fire raksasa daddy.....

Yeaaahhh! Adik dah banyak baik. Selera makan pun dah kembali baik dari semasa ke semasa. Tengok petik pistol lawan raksasa pun dah OK.

Alhamdulillah.

Khadijah dah boleh pakai Abaya......

Thank you Tok Sarah & Tok Chon....

Tuesday, May 17, 2011

Pujuk....

Adek dah pandai boleh akal. Nak suruh makan ubat tak semudah dulu........

Monday, May 16, 2011

Happy teacher's day

What we are today and what we become tomorrow is beause of all our teachers , form pre school till the last.

For each an every success of our life we owe to our teachers. Word is never enough to show our gratitute for their contribution to our life.

May Allah give our teacher the best of everything and may HE gives us the chance to show our gratitute to them like today and always no matter where we reside.

" HAPPY TEACHER'S DAY" DEAR TEACHER

Thursday, May 12, 2011

Adik kata dia boleh minum susu sendiri laaaaa......

Adik & Chuggington.

Semalam adik minta di ambilkan gambar baju geng tren-nya. Dia kata nak tidur dengan kapal terbang. Macam2 laaaa adik tu.

Monday, May 9, 2011

Friday, May 6, 2011

Panasnya hari ni....

Saya rasa musim panas sudah hampir. Panas yang semacam petang ni tak seperti hari-hari yang berlalu.

Saya terbaca kisah berkenaan 'good listener'. Rupanya tidak semua orang boleh menjadi good listener. Ini kerana untuk menjadi pendengar kita perlu ibaratkan diri kita seperti mangkuk. Mangkuk yang berkedudukan paling bawah. Bayangkan bila dicurah air apa akan jadi? Ia akan mendapat kandungan air yang paling banyak dan melimpah yang mana boleh memberi manafaat kepada yang lain.

Di dalam sebuah organisasi, berapa ramai CEO yang minta pendapat daripada pekerja bawahan mereka? Sudah menjadi kebiasaan decision making di buat oleh pihak atasan tanpa mengambil kira pendapat pekerja bawahan. Ianya amat kurang dan ciri inilah yang boleh membawa kepada perubahan yang positif kepada organisasi yang majoriti kita terlepas pandang.

Sekadar meluang masa di stesen ERL.

Technical vs. Attitude Knowledge.

Kebanyakkan organisasi sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk memastikan pekerja mempunyai skill yang berpatutan. Mengikut kajian oleh Harvard School of Business ianya menyumbang hanya 15% kepada pertumbuhan sesebuah organisasi berbanding dengan attitude knowledge yang merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan syarikat.

Agak malang majoriti organisasi terlepas pandangan akan kepentingan attitude knowledge.

Sekadar pandangan dari dalam tren.

Sunday, May 1, 2011

Nak sujud....

Solat bersama.....

Khadijah minta untuk ambil wuduk dan lepas tu dia minta dipakaikan telekung kerana dia mahu solat katanya.

Walau pun belum mengerti, tapi kerap kali dia minta untuk dipakaikan telekung utk solat.

Alhamdulillah.