Saturday, April 9, 2011

Pasar Tani.

Petang Jumaat Khadijah bawa makciknya menjamu mata di kedai2 kain pasar tani. Banyak laaa gerai2 kain kelihatan. Namun ada sesetengahnya kelihatan agak lusuh tanda ianya sudah lama dan tiada pembeli.

Sampai di satu gerai adik jumpa beberapa bateri. Bateri yang nampak tulen dengan jenama Sony tapi harganya tidak menggambarkan keasliannya. Setelah itu kami beredar ke gerai yang lain. Alangkah terkejutnya bila kami tengok adik menggenggam bateri di tangannya. Terus saya ke gerai tadi dan minta maaf sebab tidak sedar ketika adik mengambil bateri tadi.

Kata makcik, ketika di rumah adek hendak bermain dengan alat permainannya tapi ketika itu dia tidak dapat main kerana kehabisan bateri. Adik katanya menyuruh makcik belikan bateri untuknya.

Sebab tu dia ambil bateri tadi. Macam2 laa adik tu!

No comments: