Saturday, April 9, 2011

Minum juice....

Kami sedang melatih Khadijah untuk buang air besar di tandas. Ianya tidak begitu sukar kerana Khadijah dengan rela hati duduk di 'toilet bowl'. Tapi yang jadi kisahnya ialah bahan buangan tu tak mahu pula keluar. Telah menjadi routine setiap hari sekuranya sekali Khadijah mesti buang air besar.

Namun membimbangkan kami dah dua hari Khadijah tak buang air besar.

Kami bagi buah 'prone' namun masih tak menjadi. Kami beri juice mangga pun tak menjadi.

Pada malamnya Ummi menyapu minyak angin di perut Khadijah. Alhamdulillah Khadijah buang dengan banyak sekali!

Mungkin tarikan 'graviti' tu wujud ketika memakai pampers.

Horey!. Kita cuba lagi.

No comments: