Semalam sekembali saya daripada membeli sarapan seorang anggota polis menyapa di pintu pagar rumah. Saya bertanya ada yang boleh dibantu? Anggota polis tersebut memberitahu saya yang dua orang anak muda sebelah rumah saya telah meninggal dunia akibat langgar lari. Katanya pemandu tersebut mabuk. Kejadian berlaku sekembali mereka berdua daripada tempat kerja dalam pukul 230 pagi. Saya terus hubungi jawatan kuasa surau untuk memaklumkan akan berita tersebut dan bersedia sekiranya kaum keluarga mengambil keputusan untuk di bawa ke rumah. Setelah hampir tengahari jawatan kuasa surah menelefon saya dan memaklumkan bahawa jenazah akan di bawa pulang ke kampung di Terengganu.
Petang Jumaat sekembali saya dari pasar tani saya masih melihat kelibatnya yang berkain towel puteh menonton rakan2 bermain sepak raga di halaman rumah. Seminggu sebelum tu kelibatnya kami lihat memetik guiter di atas motor.
Walau pun tidak rapat, namun kehilangannya dapat saya rasai. Saya termenung.
Al-Fatihah untuknya dari kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment