Friday, December 4, 2009

Misselling............Jalan Lurus.........

Misselling ni merupakan suatu issue yang amat serius lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi yg tidak menentu. Kalau dilihat daripada segi pelaburan ianya akan timbul selalunya apabila pelaburan seseorang pelanggan itu telah matang. Kebanyakkan skim pelaburan yang ada majoritinya akan cuba menarik perhatian pelabur dengan potensi keuntungan yang lebih daripada ketuntungan dalam simpanan tetap atau fixed deposit.

Issue misselling ni akan jadi lebih parah apabila sesuatu skim pelaburan itu disalah ertikan oleh pelabur yang mana ianya dijamin keuntungannya. Cuba bayangkan seorang yang telah berumur melabur dalam skim pelaburan yg ditawarkan selamat 5 tahun dan apabila ianya matang hanya mendapat kembali wang modal pelaburan tanpa ada keuntungan. Sudah tentu pelanggan akan naik angin dan marah.

Secara ringkasnya misselling ni bukan saja hanya kepada pelaburan tetapi risiko ini terdedah kepada semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Selagi mana ianya dikatakan perkhidmatan risiko misselling itu tetap ada. Cuma yang membezakannya ialah kesannya kepada pelanggan dan peniaga (Reputational Risk).

Kadang2 sales person terpaksa untuk mendapatkan peluang perniagaan ini kerana adanya sales target. Ada juga kerana untuk mendapatkan volume kerana sudah lama tidak mempunyai peluang. Bila dikatakan peluang, saa yang tak mau rebut peluang?

Jadi pendek cerita setiap sesuatu itu kita pastikan ianya telus, lurus dan mudah difahami. Macam jalan di atas. Kalau maklumat yg diberi telus tidak mungkin pelanggan akan bersikap sebaliknya terhadap apa jua perkhidmatan yg ditawarkan.

Sekadar berkongsi..................

No comments: