Friday, December 4, 2009

Kelainan....... pasti untung......

Mula berniaga - Seawal 7am : Brother jual paper ni mula urusan jual paper paling awal. Kedai runcit pun tak buka lagi. Jadi pakcik2 yg balik solat subuh pasti ke situ mencari paper yg diminati.

Paham akan pelanggan: Brother ni ingat hari Sabtu saya baca paper apa dan hari Ahad saya baca paper apa. Walau pun beli paper hanya hujung minggu tapi dia ingat akan pelanggannya.

Pengawalan kos berniaga: Apa yg saya perhatikan dia hanya guna payung dan sebuah meja kayu usang. Selepas berniaga payung dan meja akan diletakkan ke dalam semak berhampiran dan ditutup dengan plastik.

Cuaca : Brother ni tak kenal samada cuaca panas ker, hujan ker, sejuk ke dia pasti terpajak seawal pukul 7 pagi.

Saingannya cukup banyak yakni kedai runcit di sekitar taman dan saya rasa ciri2 perniagaan yang dijiwainya ini membuatkan dia masih berdaya saing.

Sesungguhnya kelainan yang dicipta berjaya menambat hati pelanggan dan berjaya meningkatkan jumlah jualan akhbarnya.

No comments: