Thursday, December 25, 2008

Mak, bapa sahabat baik

Terharu hati ini. Baru jaa jap tadi makcik zainabu dan pakcik wahat berbicara dengan aku. Sepanjang tempoh aku berpantang dulu pun, ada dua tiga kali gaks diaorang telefon aku untuk bertanyakan khabar kami seisi keluarga. Setiap kali selepas aku bercakap / bertentang mata dengan keduanya.... tidak pernah tidak hati ini akan terdetik betapa bertuahnya sahabat baik ku itu dianugerahkan Allah mak dan bapa sebaik mereka. Aku sebagai orang luar pun dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang tulus daripada kedua-duanya. Terima kasih hani kerana persahabatan kita kekal hingga hari nieh. Dan terima kasih kepada pakcik dan makcik yang mengambil berat dan selalu ingat tentang diri ini, termasuk anak-anakku.

1 comment:

hani said...

Salam,

Mayah, terima kasih jugak atas keikhlasan persahabatan yang telah Mayah hulurkan sejak 18 tahun dulu... moga Allah kekalkan ukhuwah yang terjalin sehingga akhir nyawa..