Kata orang..... tempoh berpantang adalah tempoh yang amat penting kepada seseorang wanita yang telah melahirkan anak. Mengikut tradisi, setiap orang yang berpantang akan dilayan bagaikan seorang permaisuri. Tapi, aku tak der peluang plak rasa cam gitu. Aku bz tak bertempat. 44 hari aku dah selesai.... sejarah sudah.
Cerita susu laks. Aku dah start kerja 12 disember arituh. Alhamdulillah, pada hari pertama aku bekerja, stok susu untuk naufal dah mencecah lebih 30 oz. Syukur yang amat. Masa khadijah dulu, aku tak berkesempatan nak menyimpan stok susu. Perahan hari nieh, untuk kegunaan esok atau lusa ja.... bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Silapnya aku masa tuh: kurang pengalaman, masa terhad sebab asyik berulang-alik ke hospital dan tak berkesempatan nak jaga pemakanan = susu skit. Walau cam ner pun, dengan izin Allah, aku berjaya juga bagi susu ibu sepenuhnya kepada khadijah sehinggalah puteri ku itu berusia 1 tahun 8 bulan. Dan meneruskan penyusuan secara langsung sampai usianya 2 tahun 3 bulan. Alhamdulillah.
Untuk Naufal.... aku lebih bersedia dengan ilmu dan pengalaman penuh di dada. Untuk minggu-minggu awal nieh, naufal minum sekitar 8 - 12 oz sehari. Dan setakat hari nieh, stok susu aku dah cecah 40 oz lebih. Alhamdulillah. Tapi, aku tak leh berangan dan bermalasan..... stok susu harus ditingkatkan..... cam simpan duit gaks laa.
Semoga aku berjaya!!! InsyaAllah.
Terima kasih sayang sebab menyokong penyusuan susu ibu. Love u yang amat!
No comments:
Post a Comment