Selamat beristirehat buat semua.
Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Sunday, July 20, 2008
Khadijah di Pelancaran Hari Koperasi Negara.........
Kami sibukkan Khadijah dengan menghadiri Pelancaran Hari Koperasi Negara. Terdapat banyak gerai2 mewakili seluruh koperasi yg berdaftar di Malaysia. Sudah tentunya makanan seperti keropok dan kerepek serta makanan ringan mempelopori gerai jualan. Secara keseluruhannya merupakan suatu cabaran untuk memajukan sektor koperasi di negara kita. Rata2 produk yg dihasilkan masih memerlukan suatu anjakan paradigma yg mana tidak mustahil sekiranya kerajaan membekalkan dengan segala kemahiran dan ilmu. Sebagai contohnya ada gerai yg menjuak kek yg harganya lebih mahal daripada harga kek yg dijual di secret recepi. Mungkin sebagai salah satu cara ialah kerajaan belajar daripada negara Jepun bagaimana mereka dapat menjadikan koperasi ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment