Monday, July 14, 2008

Balik kampung

Hujung minggu baru nieh kitaorang sekeluarga balik kampung. Hati aku berbunga-bunga tak terkata. Dah lama kami tak balik kampung.... dan kali nieh kepulangan Khadijah sangat berbeza dari sebelum-sebelumnya. Khadijah lebih ceria, cergas dan pandai nak bermain dengan sepupu-sepupunya.... berlari gembira mengejar kak long Dina dan Kak Ngah Miza sambil diawasi rapat daddy yang risau puteri kesayangan tersungkur dik kerana larian yang belum stabil sepenuhnya. Sifat penyayang Khadijah sangat terserlah..... ciuman lembut manja di dahi dan pipi seperti tiada kesudahannya untuk sepupu termudanya. Asyik meminta aku mendukung dan mendodoi baby Liya aja kerjanya. Tapi, bila makngah letakkan Liya di ribaannya, ditolak kasar.... tak sudi memeluk..... mahu dicuit-cuit saja. Khadijah sibuk juga minta aku mendodoi sepupu yang setahun muda darinya..... mana laa budak tuh mahu.... budak lelaki yang lasak, tembam dan comel mana mahu didodoi pada bukan waktu tidurnya. Khadijah pandai bermanja dengan maktok.... suka aku melihatnya.... tapi, masih jual mahal dengan tok abah yang suka mengusik dan marah olok-olok sebab Khadijah suka sangat minta daddy mendukungnya. Tok abah kata, cam magnet..... tak leh tengok daddy.... duuuukuuuunnng saja.
Sarapan kat penang memang sedap. Tok abah beli nasik lemak lauk telur dan daging kurma, dok teringat sampai la nieh. Khadijah pun suka.... habih sebungkus siap dengan kuih lepat ubi lagi. Kat sini payah nak carik makanan sesedap makanan kat penang. Lagik satu, dapat makan nasik kenduri penang.... maktok dan tok abah buat kenduri kesyukuran, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

No comments: