Friday, September 6, 2013

Kuasa

Saya bertanyakan diskaun untuk bayaran denda. Jawabnya, encik kena ke kaunter bayaran untuk maklumat lanjut.

Ketika berada di kaunter bayaran soalan yang sama saya tanyakan dihadapan pegawai. Jawabnya tegas sekali, tidak boleh. Kena bayar penuh. Diskaun hanya boleh diperoleh di HQ. Ada kenal sesiapa di HQ? Saya jawab tidak.

Apa akibat kalau lewat bayar dari tarikh? Jawabnya tegas akan kena blacklist dan tak boleh renew cukai jalan.

Saya katakan kepada mereka denda ini tidak relevan. Sebabnya saya dapat tahu sekiranya ketika kejadian saya report di kawasan lain saya tak perlu bayar denda.

Apakah ini benar? Boleh buat begitu tapi.......... Saya tegaskan sekali lagi ianya boleh? Sekiranya boleh denda ini tidak relevan. Saya nak diskaun.

Jawab pegawai itu tidak boleh!

Terus saya ke cubicle pegawai dan saya lontarkan isu yang sama. Bukan saya tidak mahu bayar denda. Saya ingin pastikan jumlah yang relevan.

Saya bekerja hanya sebagai seorang kerani.

Pegawai tersebut memanggil pegawai yang sama yang mengatakan tidak boleh kepada saya di kaunter bayaran tadi.

Arahan kepada pegawai oleh ketuanya ialah tolong uruskan bayaran denda ini (yeaahh dapat diskaun).

Encik boleh semak status online.

Alhamdulillah setelah disemak online ianya telah "clear".

Persoalan bermain di minda mengapa pegawai tersebut tolong saya. Adakah disebabkan rasa simpati atau disebabkan ada "loopholes"?

Ia soal kuasa.

No comments: