1) Hari ni saya hadirkan diri dalam majlis khattam al quran di surau perumahan kami.
2) Semasa tazkirah ustaz pesan agar kita membaca al quran. Baca dan faham akan maknanya.
3) Semasa berada di dalam kubur nanti, kita akan kesunyian. Di atas kita tanah, di hujung kepala tanah, hujung kaki ada tanah. Kiri dan kanan badan kita juga ada tanah. Kita dikelilingi oleh tanah. Diketika itulah antara yang akan menemani kita di sana nanti ialah quran yang kita baca. Quran akan teman kita semasa kita berada di dalam kubur.
4) Mereka yang selalu membaca quran ketika dibangkit dari kubur kita akan di pakaikan mahkota ketenangan di kepala. Ianya seperti raja kata ustaz. Pada masa yang sama ibu dan bapa kita akan dipanggil dan dipakaikan suatu jenis pakaian yang termahal tercantik dan tiada di dunia.
5) Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
No comments:
Post a Comment