Bulan Rabi'ul Awal
Bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok dan bunga. Kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabi'ul Awal, pokok buahan baru berbunga dan akan berbuah.
Suasana ketika Nabi Muhammad lahir
Baginda lahir di Makkah, pada pagi hari Isnin 12 Rabi'ul Awal. Semasa baginda dilahirkan:-
1) 14 lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur.
2) Api yang disembah oleh orang majusi terpadam.
3) Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah mendap ke dalam bumi.
Perlantikan Nabi SAW menjadi rasul pada bulan Rabi'ul Awal ketika berumur 40 tahun. Baginda sampai di Quba pada hari Isnin 8 Rabiu'ul Awal dan sampai di kota Madinah pada 12 Rabiu'ul Awal dan menunaikan solat Jumaat pertama di sana.
Baginda SAW wafat pada tanggal 12 Rabiu'ul Awal bersamaan 7 June 632 masihi.
No comments:
Post a Comment