Monday, April 29, 2013

Rabi'ul Awal

Bulan Rabi'ul Awal

Bermaksud bermulanya musim bunga bagi tanaman iaitu pokok dan bunga. Kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabi'ul Awal, pokok buahan baru berbunga dan akan berbuah.

Suasana ketika Nabi Muhammad lahir

Baginda lahir di Makkah, pada pagi hari Isnin 12 Rabi'ul Awal. Semasa baginda dilahirkan:-

1) 14 lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur.

2) Api yang disembah oleh orang majusi terpadam.

3) Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah mendap ke dalam bumi.

Perlantikan Nabi SAW menjadi rasul pada bulan Rabi'ul Awal ketika berumur 40 tahun. Baginda sampai di Quba pada hari Isnin 8 Rabiu'ul Awal dan sampai di kota Madinah pada 12 Rabiu'ul Awal dan menunaikan solat Jumaat pertama di sana.

Baginda SAW wafat pada tanggal 12 Rabiu'ul Awal bersamaan 7 June 632 masihi.

Khadijah menang pertandingan mewarna di sekolahnya.....

Syukran.

Saturday, April 27, 2013

Gathering di rumah Mamu Ee dan Che' Min.


One for the album.....


Menu dinner......

The master chef...... Cooking for dinner foods.

IT anywhere...

Birthday boys

We like this cake!

Wednesday, April 17, 2013

Di alam semesta ada empat macam air; tawar, pahit, masin dan busuk.

Maka pada diri manusia pun ada empat macam air, iaitu air tawar di mulut, yang pahit di telinga, masin di mata dan busuk di hidung.

Allah SWT menciptakan kita semua atas tujuh anggota badan, atas tujuh puluh sendi, 148 tulang, 360 urat, 124,000 akar rambut di kedua tangan, kedua kaki, kedua mata, kedua telinga, dan anggota badan lainnya.

Sedang menghidupkan itu semua hanyalah dengan satu roh.

Khadijah vs Strike no more!

Seorang mukmin.............

Buminya makrifah, langitnya iman, mataharinya rindu, bulannya cinta, bintangnya buah fikiran, tanahnya kemahuan, dindingnya keyakinan akal, hujannya rahmat, pohonnya taat, buahnya nikmat.

Dan ia mempunyai empat tiang........

Ada tiang berupa tawakal, ada tiang berupa sabar, ada tiang berupa yakin, dan ada tiang berupa kemuliaan.

Dan ia juga mempunyai empat pintu........

Pintu ilmu, pintu santun, pintu redha, dan pintu sabar. Dan atas semuanya ada fikiran itulah HATI.

Haikal vs Robo Fish


Manusia merupakan penciptaan yang paling kukuh

1) Jika langit mempunyai ketinggian, maka manusia pun mempunyai tubuh yang tegak.

2) Jika diangkasa ada matahari dan bulan, maka pada diri manusia ada dua biji mata.

3) Jika diangkasa ada bintang-bintang, maka pada diri manusia itu ada gigi-gigi.

4) Jika langit ada titisan air (qothroh), maka pada manusia ada air mata (abroh).

5) Jika dilangit ada suara petir, maka pada diri manusia ada suara bersin (wathing).

6) Jika di bumi ada kestabilan, maka pada diri manusia juga ada ketenangan dan kehebatan.

7) Jika di bumi ada sungai-sungai, maka pada diri manusia ada urat-urat dan rambut sebagai ganti rumput.

Sukan sekolah Naufal






Allah SWT menciptakan kebaikan itu menjadi 7 bahagian

1) Kehalusan diberikannya kepada Syurga.

2) Keelokkan diberikannya kepada Bidadari.

3) Keadilan diberikannya kepada Matahari.

4) Annur (cahaya) diberikannya kepada Bulan.

5) Kegelapan diberikannya kepada Malam.

6) Kelembutan diberikannya kepada Air.

7) Kehalusan diberikannya kepada Udara.

Pemasangan "grill" di rumah baru di Penang lancar

Syukran and thank you.




Naufal menang sukan

Syukran.


Rasulullah pernah ditanya tentang hari dalam seminggu - Riwayat Anas Bin Malik

1) Sabtu adalah hari yang penuh dengan tipu daya. Pada hari itu orang-orang quraisy telah berbuat tipu daya kepadaku di Dar al-Nadwah.

2) Ahad adalah hari bercucuk tanam dan pemberdayaan alam kerana pada hari ini dimulai penciptaan dunia dan pemberdayaan potensi alamnya.

3) Isnin adalah hari perjalanan dan perdagangan kerana pada hari ini Nabi Syuib melakukan perjalanan dan berdagang.

4) Selasa dikatakan hari darah kerana pada hari itu Siti Hawa mulai haid dan Putera Adam dibunuh saudaranya.

5) Rabu adalah hari penderitaan kerana pada hari itu Allah SWT membinasakan kaum Firaun dan kaum Ad dan Tsamud.

6) Khamis adalah hari pemenuhan dan hari yang tepat untuk mendatangi penguasa kerana pada hari itu Nabi Ibrahim a.s mendatangi Raja Namrudz dan menyampaikan kepentingannya dan membawa Siti Hajar darinya.

7) Jumaat merupakan hari khutbah dan hari pernikahan kerana pada hari itu para nabi umumnya melangsungkan pernikahannya.

Team Ummi menang 3 hamper!

Menang no. 1!

Syukran.

Apa makna hari?

1) Dalam kamus al-Wajiz, al-Mujam al Wajiz, Mujma' al-Lughah al-Arabiyah bahawa hari adalah masa yang dimulai dari terbit matahari sampai terbenamnya matahari.

2) Dalam istilah ilmu falak, panjang hari adalah 24 jam.

Apa yang berlaku pada 10 Muharam

1) Nabi Adam a.s bertaubat kepada Allah SWT.

2) Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT ke langit.

3) Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar daripada perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4) Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud.

5) Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

6) Nabi Yusof dibebaskan daripada penjara.

7) Penglihatan nabi Yaakob a.s yang kabur dipulihkan Allah SWT.

8) Nabi Ayub a.s dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulit yang dideritainya.

9) Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10) Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan nabi Musa a.s dan pengikutnya daripada tentera firaun laknatullah.

11) Kesalahan nabi Daud a.s diampuni Allah SWT.

12) Nabi Sulaiman a.s dikurniakan Allah SWT kerajaan yang besar.

13) Hari pertama Allah SWT mencipta alam.

14) Hari pertama AllahSWT menurunkan rahmat.

15) Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan.

16) Allah SWT menjadikan Arasy, Lohmahfuz, Alam, Malaikat Jibrail.

17) Nabi Isa a.s diangkat ke langit.

Mak Tok di Padang Arafah


Monday, April 15, 2013