Guru kelas Khadijah bernama Ahmad Fakaruddin berasal dari negeri Perlis dan berpengalaman hampir lebih sepuluh tahun dalam pendidikan khas. Sebelumnya cikgu mengajar di salah sebuah sekolah di Klang.
Beriadah seperti ini merupakan antara metod yang digunakan untuk menarik perhatian murid-murid ini.
Lihatlah betapa mereka yang serba kekurangan ini masih memilih untuk bangun pagi, pergi ke sekolah. Lihatlah betapa mereka yang sukar mengenal huruf dan nombor ini masih lagi gigih ke sekolah.
Ini menunjukkan..............
Tidak ada alasan bagi yang sepatut belajar, anda mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar. Anda ambil keputusan dengan alasan-alasan yang dangkal. Anda beralasan kononnya alasan anda itu sedap dan boleh diterima.
Hanya untuk mengenal huruf dan nombor mereka ambil masa bertahun. Mengapa mereka masih tidak jemu untuk belajar? Belajar tidak berkait dengan masa. Belajarlah selama mana sekali pun. Istilah atau alasan terlambat bukan lagi alasan.
Sepatutnya kekurangan mereka ini menjadi suatu lonjakan kepada yang sepatutnya kena belajar tapi tak mahu belajar!
Sebenarnya, anda tidak ada alasan untuk tidak belajar atau tidak mahu belajar sebab.........
Anda dicipta sempurna. Bagi yang sepatutnya belajar ayuh!
Belajarlah!
No comments:
Post a Comment