Monday, November 5, 2012

Apple



1) Pernah dengar katanya kalau nak tahu sesebuah lagu itu sedap maka cuba dimainkan lagu itu kepada kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak meminta ianya diulang lagi dan lagi ianya tanda lagu itu sedap. Kalau dipasang lagu Siti Nurhaliza, bila lagu telah habis didendangkan, Khadijah kata daddy nak lagi..........

2) Begitu juga kepada sesuatu masakan. Bila makanan habis dijamah atau ditambah oleh yang memakan, ianya tanda masakan itu sedap. Sabtu last week Khadijah lunch Ikan Tilapia bakar. Belum pun habis Khadijah kata daddy nak lagi........

3) iPad tidak ketinggalan. Kalau dulunya laptop menjadi rebutan. Tapi tidak lagi kini. Sehinggakan kalau hendak diberi laptop kepada mereka berdua; baik Khadijah mahu pun Naufal kini jawapan mereka ialah................ "Daddy laptop tak best!"

4) Imbas zaman sebelum Y2K, kalau di lab universiti seksyen komputer Apple akan lengang. Ianya tanda warga US sendiri tidak minat dengan produk Apple. Yang penuh dan berbaris panjang di awal pagi ialah di kawasan lab yang ada komputer applikasi microsoft (Dell, Compaq).

5) Kini persepsi terhadap produk Apple telah banyak berubah. Ianya menjadi tarikan kepada Khadijah, Naufal dan Haikal.

6) Ianya tanda produk Apple itu best!
(PP) Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person to whom it is expressly addressed and may contain information that is confidential and legally privileged. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, reliance on, reference to, review, disclosure or copying of the message and the information it contains for any purpose is prohibited. If you have received this message in error, please notify the sender by reply e-mail of the misdelivery and delete all its contents.

Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Malayan Banking Berhad shall be understood as neither given nor endorsed by it.

No comments: