Pak Ngah berkongsi pengalaman berhadapan dengan seekor musang yang telah masuk ke dalam rumah pada waktu malam.
Pak Ngah menceritakan bagaimana mengawal pergerakan musang supaya tidak naik ke tingkat atas rumah dengan sebatang kayu selama hampir sejam lamanya.
Dalam keadaan yang mencabar itu mak ngah pula berperanan untuk 'follow up call' kepada pihak bomba. Sebaliknya yang tiba bukanlah pasukan bomba tetapi pasukan perkhidmatan awam.
Pak Ngah menceritakan rupa musang yang berekor, seperti kucing dan bermata seperti lebam disekelilingnya.
Tok abah cuba menguji kemahiran mengenali binatang yang bernama musang. Berkemungkinan juga ianya seekor tupai? Menurut tok abah semasa bertugas di Kelantan begitu banyak sekali kelihatan musang-musang yang melintas di jalan raya.
Tok abah bertanya mengapa tidak diambil gambar musang itu?
Mungkin pak ngah kena 'consider' sebuah ipad pula selepas ini.
:)
No comments:
Post a Comment