Monday, March 12, 2012

Allah... Allah... Allah.

Saya diserang sakit pada seawal pagi jam 2:30 pagi. Sakitnya seperti yang saya pernah alami tapi bukan kepalang.

Sakit sungguh.

Semasa dalam sakit saya tak putus putus merayu kepada Allah moga diberi kesembuhan. Pada masa yang sama saya kuatkan semangat melawan sakit dengan meminum banyak air.

Kata 'misi' encik hendak dimasukkan ke wad? Jawab saya tak perlu kerana sekiranya dimasukkan ke wad pun saya tidak boleh berbaring di atas katil. Saya terpaksa berjalan ke hulu ke hilir menahan sakit. Biar saja saya di emergency ni sehingga unit xray buka.

Saya tak putus-putus merayu kepada Allah di dalam hati agar diberi kesembuhan.

Dengan kuasa Allah jua hampir jam 7:30am saya ingin buang air kecil dan saya rasakan sesuatu yang aneh. Ianya berbunyi seperti suatu tujahan keluar dan kemudian sakit terus hilang. Pada mulanya saya terkejut dan masih seriau. Hati kecil berkata eh, betul ke hilang sakit ni?

Jam 820am saya di masukkan ke dalam mesin CT Scan. Saya amat bersyukur kerana ianya telah keluar dan dipastikan oleh Dr pakar.

Allah... Allah ... Allah.

Demikianlah Allah yang memberi penyembuh kepada setiap penyakit. Walau dalam keadaan mana sakit sekali pun kita jangan lupa memohon harap daripadaNYA. Sesungguhnya DIA maha mendengar di atas rintihan hamba-hambanya.

Pengalaman ini membuatkan saya tidak mahu berehat. Saya nak buat apa saja sebaik mungkin selagi diberi kesempatan . Tekad saya, saya hanya mahu berehat bila berada di dalam kubur.

Ianya amat bermakna dalam hidup saya.

No comments: