Wednesday, November 9, 2011

Geng bas sekolah

Mereka kelihatan amat girang menaiki bas sekolah. Sudah tentu mereka bersemangat ke sekolah.

Saya teringat kisah kawan yang berbangsa cina. Dia menceritakan kepada saya semasa hayat datuknya tiap pagi sebelum ke sekolah datuk berpesan kepadanya supaya ambil Malaysia.

Tidak hairan di dalam kelas dia merupakan pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama dia mahir dalam komputer. Saya banyak belajar daripadanya tentang atur cara komputer dalam 'dos prompt' dulu.

Kini dia cukup aktif berdakwah dengan agama kristian. Sehingga kini kami masih berhubung. Namun setiap kali kami berhubung ianya berkaitan hal agama.

Semoga Allah memberikannya nur islam.

No comments: