Saturday, November 26, 2011

Ekamatra dan lebuh raya.

Dulunya kumpulan ini cukup popular lagunya. Tapi kini ianya telah lama lenyap tanpa album terkini.

Sunday, November 20, 2011

Saturday, November 19, 2011

Depa sapu no.1 - Licin

Kak Long Dina dan Kak Ngah Miza sapu bersih petak nombor 1 siri Formula 1 tahun ni.

Heee bukan Formula 1 laaa tapi KAFA.

Tahniah buat keduanya.

Naufal : "Thank you Tok Chon & Tok Sarah"

Tok Chon mai rumah tadi. Seperti biasa macam-macam buah tangan yang dibawa.

Kata Tok Chon muka Naufal sama dengan Pak Ngahnya.

Thursday, November 17, 2011

Al-Fatihah buat allahyarham Tok Kak Yati (Mak Ngah)

Perginya tidak kembali namun segala nasihat kehidupan, ilmu pengetahuan, celoteh dan senda guraunya sudah pasti akan lekat di hati sanubari.

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunilah dosa tok,
Jadikanlah pusaranya di antara taman-taman syurgamu ya Allah,
Masukkan tok kami ini ke dalam syurgamu ya Allah.
Ameen, Ya Rabbal Aaa'lameen.

Abang Khairi - 5A - Tahniah!

Wednesday, November 9, 2011

Geng bas sekolah

Mereka kelihatan amat girang menaiki bas sekolah. Sudah tentu mereka bersemangat ke sekolah.

Saya teringat kisah kawan yang berbangsa cina. Dia menceritakan kepada saya semasa hayat datuknya tiap pagi sebelum ke sekolah datuk berpesan kepadanya supaya ambil Malaysia.

Tidak hairan di dalam kelas dia merupakan pelajar yang cemerlang. Pada masa yang sama dia mahir dalam komputer. Saya banyak belajar daripadanya tentang atur cara komputer dalam 'dos prompt' dulu.

Kini dia cukup aktif berdakwah dengan agama kristian. Sehingga kini kami masih berhubung. Namun setiap kali kami berhubung ianya berkaitan hal agama.

Semoga Allah memberikannya nur islam.

Manifestasi

Dahulunya lambang sebuah syarikat minyak di Malaysia telah menjadi suatu isu yang percaya atau tidak jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk diubah bukan kepada lambang tetapi hanya ubahan pada warna.

Ianya sangat sensitif walhal pada pengamatan orang kebanyakkan ianya tidak memberi suatu yang siknifikan pun.

Seperti donut ini. Ianya kelihatan terlalu asing. Kekadang seperti didatangkan khas dari sebuah planet lain.

Monday, November 7, 2011

Sup Kepala Lembu! - Sup 'Ngau..... Ngau'

:)

4G - bukan 'YES'

4G sudah pasti ianya dikaitkan dengan teknologi internet pantas oleh YTL. Sesiapa yang melanggan servis ini mereka boleh melayari internet dengan pantas dan boleh dilayari di dalam tren ERL ke KLIA.

Ianya dilanggan hanya di Kuala Lumpur.

Gambar 4 generasi ini merupakan kesempatan yang amat berharga.
Ianya suatu kesempatan yang tidak semua dapat merasainya.

Didoakan semoga tok ni sihat dalam beribadah.

Lembu disembelih kembali hidup - surau tok abah

Power root.

Ianya sering dikaitkan dengan kekuatan luar biasa.

Lembu ini telah disembelih namun setelah semua ikatan di buka ia kembali berdiri teguh di atas ke empat kakinya.

Lambang semangat luar biasa.

Ibadah qorban serata tempat.

Demikianlah aktiviti ibadah korban yang dijalankan di utara dan timur semenanjung.

Pagi raya di masjid besi.

Solat bermula tepat pada jam 8:30pm.

Mimbar mengingatkan kepentingan kesatuan ummah islam di Malaysia. Cabaran murtad, penghinaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dan isu sensitif umat islam telah mula dipermainkan oleh segolongan rakyat yang berniat jahat.

Umat Islam di Malaysia perlu ada sikap sensitif. Semua diminta berubah sikap kepada yang lebih baik.

Juga disingkap sejarah lampau Nabi Ibrahim yang mana syia'rnya menjadi ibadah yang dituntut setiap kali tibanya aidiladha.

Sekitar jam 9:30am khutbah selesai disampaikan dan bersurai.

Kelihatan warga timur tengah berjubah dan berserban berpelukan sesama sendiri dan bergambar di perkarangan masjid.

Allah maha besar.

Friday, November 4, 2011

Tuesday, November 1, 2011