Wednesday, October 26, 2011

Kelainan yang siknifikan

26 October 2011 - Rabu

Sebelum abah mama berangkat ke tanah suci saya ada mengatakan kepada mereka yg 100% jemaah aims dan berharap dianugerahi haji yang mabrur.

Persoalan saya kepada keduanya kita mesti pastikan yang haji kali ini kita usahakan untuk menjadikan ia suatu yang bersejarah dalam hidup.

Lantas saya mencabar keduanya untuk mereka pastikan dapat khattam al quran di tanah suci makkah dan madinah.

Saya rasa syukur yang amat sangat kerana abah mama berjaya khattam di tanah suci hari ini. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Abah mama juga berkongsi:-
1) Bagaimana room mate menyindir ketika hendak ke haram jam 1 pagi menanti solat subuh. Mereka menyindir dengan kata-kata seperti nak buka pintu masjid dah ker? Nak pi bentang sajadah ker? Semuanya ini antara cabaran yang kita terpaksa harungi.

2) Penyakit batuk pun katanya telah melanda majority jemaah di sini. Ianya merupakan sesuatu yang biasa dan standard.

3) Semasa hendak simpan quran di dalam beg di dataran kaabah, seorang jemaah dengan sengaja menyepak beg tok abah dengan harapan dia dapat tempat tok abah bila mana tok abah mengambil beg tersebut. Tok abah merasakan pada ketika itu macam nak beri 'sedas' tumbukan. Namun size yang jauh berbeza tidak memungkinkan untuk tok abah menang.

Allah ada mengatakan di dalam quran bahawa setiap orang yang beriman akan didatangkan dengan ujian.

Allah juga mengatakan bahawa sikap 'sabar' itu merupakan kunci untuk kita menang.

Dan Allah pesan kepada kita supaya banyak berdoa mohon pertolongan daripadaNYA.

Sesungguhnya Allah itu maha mendengar, maha mengetahui dan berkuasa di atas segalanya.

No comments: