Monday, October 31, 2011

Saturday, October 29, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Pilihan rasa

Yang mana satukah nikmat Allah yang nak kita dustakan?

Selera makan merupakan satu daripada banyak nikmat Allah yang tidak terhingga kepada kita.

Kelainan yang siknifikan

26 October 2011 - Rabu

Sebelum abah mama berangkat ke tanah suci saya ada mengatakan kepada mereka yg 100% jemaah aims dan berharap dianugerahi haji yang mabrur.

Persoalan saya kepada keduanya kita mesti pastikan yang haji kali ini kita usahakan untuk menjadikan ia suatu yang bersejarah dalam hidup.

Lantas saya mencabar keduanya untuk mereka pastikan dapat khattam al quran di tanah suci makkah dan madinah.

Saya rasa syukur yang amat sangat kerana abah mama berjaya khattam di tanah suci hari ini. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Abah mama juga berkongsi:-
1) Bagaimana room mate menyindir ketika hendak ke haram jam 1 pagi menanti solat subuh. Mereka menyindir dengan kata-kata seperti nak buka pintu masjid dah ker? Nak pi bentang sajadah ker? Semuanya ini antara cabaran yang kita terpaksa harungi.

2) Penyakit batuk pun katanya telah melanda majority jemaah di sini. Ianya merupakan sesuatu yang biasa dan standard.

3) Semasa hendak simpan quran di dalam beg di dataran kaabah, seorang jemaah dengan sengaja menyepak beg tok abah dengan harapan dia dapat tempat tok abah bila mana tok abah mengambil beg tersebut. Tok abah merasakan pada ketika itu macam nak beri 'sedas' tumbukan. Namun size yang jauh berbeza tidak memungkinkan untuk tok abah menang.

Allah ada mengatakan di dalam quran bahawa setiap orang yang beriman akan didatangkan dengan ujian.

Allah juga mengatakan bahawa sikap 'sabar' itu merupakan kunci untuk kita menang.

Dan Allah pesan kepada kita supaya banyak berdoa mohon pertolongan daripadaNYA.

Sesungguhnya Allah itu maha mendengar, maha mengetahui dan berkuasa di atas segalanya.

Tuesday, October 25, 2011

Kabus di belakang rumah.

Semalam di dalam kuliah zuhur ustaz berkongsi statistik yang mengerunkan apabila mendapati 80% anak anak perempuan melayu yang berumur 18 tahun ke atas akan hilang dara.

Ini dibuktikan lagi oleh sebuah rumah kebajikan di Subang yang diduduki oleh anak2 yg mengandung anak luar nikah kini tidak lagi mampu untuk menampung jumlah yg tinggi saban hari.

Ianya amat kritikal.

Monday, October 24, 2011

Strategy dalam ibadah

Tidak kira dalam ibadah apa sekali pun ianya memerlukan ilmu dan strategy.

Abah Mama berkongsi strategy jadual ke masjidil haram.

1:00 pagi bergerak ke haram menanti solat subuh.

10:00 pagi bergerak ke haram untuk menanti solat zuhur dan asar.

5:00 petang bergerak ke haram untuk menanti solat maghrib dan isyak.

9:00 malam merupakan masa untuk tidur.

Strategy ini digunakan oleh abah mama dalam mendapatkan tempat solat dan beribadah di dataran kaabah.

Alhamdulillah strategy ini berhasil dan semoga Allah senantiasa mempermudahkan segala usaha keduanya.

Ameen.

Saturday, October 22, 2011

Berinai

Sebelum dan selepas.

Menanti sesi terapi jam 11am.

Kediaman

21 Sept 11 - 12am

Hotel yang diduduki berhadapan dengan pintu istana dan pejabat kerajaan. Ianya terletak di kawasan yang sedikit berbukit dan sekitar 100 meter ke pintu 1 - King Abdul Aziz.

Kisah solat Jumaat

Jam 9:30am dah kena berada di dalam masjidil haram kerana pada jam 11am jemaah tidak lagi dibenarkan memasuki haram kerana keadaan yang penuh. Mereka akan bersolat di kawasan luar dan di kaki-kaki lima dan ada yg di atas jalan mana yang sempat.

Solat Jumaat selesai sekitar jam 2 petang waktu Makkah.

Friday, October 21, 2011

Tawakal tanpa usaha

(20 October 2011, 12am)

Menurut abah mama jemaah semakin ramai setiap kali menunaikan solat fardhu. Pada masa yang sama diberitakan tok abah telah hilang seliparnya. Mana taknya kata tok abah, kalau sekadar tawakal tanpa usaha untuk mengelak daripada hilang sudah tentu jawabnya hilang.

Abah mama sihat.

Alhamdulillah.

Wednesday, October 19, 2011

Update dari Makkah - 1

19 Oktober 2011 - 645pm

1) Kemasukan ke dalam tempat pendaftaran di TH Kelana Jaya dicepatkan 30 minit awal. Pukul 8:30pm menjadi jam 8:00pm.

2) Briefing di dewan TH Kelana Jaya dan kemudian mula menaiki bas plus liner ke KLIA pada jam 11:00pm.

3) Perjalanan mengambil masa selama sejam dan tiba di KLIA terminal B2 pada jam 12am.

4) Jemaah berkumpul di tingkat bawah dan naik secara berperingkat ke tingkat tiga terminal B2 untuk pemeriksaan imigresen. Pesawat Saudi Air berlepas pada jam 1:30am dari KLIA menuju ke Jeddah.

5) Tiba di Jeddah jam 4am waktu tempatan bersamaan jam 9:30am waktu Malaysia. Pemeriksaan imigresen Saudi mengambil masa 5 jam dan 9:30am waktu tempatan baru selesai dan mula tunggu bas.

6) Tiba di Makkah jam 5:15 pm waktu Malaysia. Kata abah mama jam menara hilal rakyat Malaysia kelihatan hebat.

7) Tok abah terfikir bagaimana pula hadiah ciptaan Allah kepada mereka yg dikasihiNYA.

Allahuakhbar.

Ya Allah, anugerahilah kepada mama dan abah kami haji yang mabrur. Ameen.

Ya Allah tuhan kami yang menjadi penguasa sekalian alam, permudahkanlah urusan ibadah kedua mama dan abah kami. Berikanlah kepada mereka kesihatan, kekuatan dalam menjalani ibadah haji ya Allah. Berilah kepada keduanya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujianmu ya allah.

Ya Allah, kesihanlah keduanya sepertimana mereka mengasihani kami ketika kecil ya Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa keduanya dan anugerahilah haji yang mambrur kepada mereka berdua.

Pohon kami, perkenanlah doa hambamu yang hina ini.......

Kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai, terima kasih di atas ucap selamat dan doa daripada kalian. Semoga Allah membalas di atas segala kebaikan kalian.

Tuesday, October 18, 2011

Ketelusan

Kadang-kadang kita perlu ada budi bicara dalam melaksanakan tugas. Lebih penting kalau tidak boleh bermakna ianya harus tidak boleh dan bukan sesetengah orang boleh dan sesetengah orang tidak boleh.

Bukan itu saja yang nak jumpa ada talian yang utuh iaitu anak dgn ibu ayahnya.

Mereka tidak adil.

Ya Allah permudahkan jalanku untuk bertemu dengan dua ibu bapa ku ya allah. Sesungguhnya engkau maha mendengar lagi mengetahui.

Berilah kami berdua beradik kemudahan ya allah.

Khadijah bersama tok mama dan ummi menunggu solat asar di masjid sebelum tok mama dan abahnya berangkat ke Makkah.

Friday, October 14, 2011

Monday, October 10, 2011

Hidangan Khadijah

Acap kali dikaitkan makanan dengan penyakit. Contohnya darah tinggi dipercayai kerana berlebihan garam. Manakala kencing manis pula dikaitkan dengan gula berlebihan.

Kemudian cakap-cakap orang memperkenalkan penyakit tiga serangkai dan bermacam lagi.

Bagaimana pula dengan hidangan rekaan Khadijah ini?

Selama mana mampu bertahan?

Kasih kakak.

Kakak kalau sekali adik benarkan dia inginkan ianya menjadi routine. Bermakna bila mana adik ingin minum susu ianya mesti riba oleh kakak.

Alasannya mudah. Kenapa sebelum ni adik boleh aja tapi sekarang adik tak mahu?

Walaupun telah jelaskan, kelihatan kasih kakak itu cukup kuat.

Khadijah sukar menerimanya.

Saturday, October 8, 2011

Thursday, October 6, 2011

Strawbery cow.

Bunyinya 'moooooo' ketika berjalan hampir dengannya.

Tuesday, October 4, 2011

Rabbit!

Adik suka rabbit ini. Lain pula kakak yang masih teras geli?

Ia memerlukan sedikit masa untuk keserasian bersama rabbit agaknya.

Sunday, October 2, 2011

Bila dinyanyikan lagu - Happy Birthday, kelihatan aksi yang pelbagai.

Persepsi mereka kepada nyanyian dan kek adalah berbeza.