Penguasa ini memang banyak duit. Bagi mereka bayar parkir RM10 ringgit sehari adalah biasa, normal dan apalah sangat. Provokasi menjadi modus operasi mereka dalam menjalankan kuatkuasa kerana ianya suatu jalan yang mudah tanpa perlu berbicara banyak. Saya beranggapan kadang-kadang tu mereka hanya buat tanpa bertanya sebab musabab atau rasional disebalik tindakan itu.
Penerangan jauh sekali daripada mereka ini. Jangan harap.
Ianya bukan disebabkan wang ringgit tapi lebih daripada itu. Ingatlah bumi ini hak Allah dan bukan hak kita. Kita diarahkan supaya berjalan dengan sifat rendah diri di atas muka bumi ini dan bukan dengan keangkuhan dan cacian seperti di bawah ini -
'Apa nak bayar parking pun tak de duit ker!'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment