Tuesday, March 8, 2011

Universiti mana ni?

Semalam saya buat kajian di pejabat. Department saya tak ramai org islam dan majoritinya bangsa asing. Saya cuba membilang kalau2 ada rakan sekerja yang ada memberi salam setiba mereka di office.

Ternyata tiada!

Hasil kajian saya 0% org islam yang datang ke pejabat memberi salam kepada rakan taulan di organisasi tempat saya bekerja.

Apa yang saya dapati yang dikisahkan ialah result bola MU menang ker, Liverpool kalah ker dan etc. Kembali ke universiti, saya juga boleh simpulkan institusi pengajian gagal dalam membentuk asas peribadi muslim. Perkara pokok memberi salam kita dah gagal. Usah cerita perkara yang lebih mendalam dan mencabar.

Sekadar berkongsi rasa.........

No comments: