Thursday, March 31, 2011

Milo.

Naufal kata sebelum tidur dia nak minum milo. Tapi sebelum tu dia dah minum susu. Bila terdengar oleh kakak apa lagi.....

Kakak pun nak milo juga.

Akhir sekali kakak minum milo habis sekotak dan adik minum tak sampai separuh.

Daddy untung, sebab boleh habiskan milo adik yang masih berbaki. Ye yehh.....

Wednesday, March 30, 2011

Menulis....

Dua beradik ni rajin dan berkeinginan untuk menulis walau pun kelihatan tidak bermakna.

Namun spirit menulis tu begitu kuat dalam diri.

Tuesday, March 29, 2011

Thursday, March 24, 2011

Mengejar kemajuan.

Mengimbas kenangan di Kalamazoo, posmen tidak perlu bangun atau keluar daripada kenderaan untuk menghantar surat ke rumah. Peti surat di tempatkan betu-betul di kawasan tepi jalan dan posmen hanya perlu memasukkan surat ke dalam peti surat terus dari dalam kemderaan. Kenderaan yang digunakan seperti sebuah van namun ianya kelihatan kecil sekali.

Sama juga dengan pengangkut sampah di mana mereka tidak perlu angkut segala tong-tong sampah seperti di Malaysia. Cukup hanya seorang pemandu dan kerja boleh dibereskan dengan kos yang efektif.

Di Malaysia pun sama. Kita dah maju. Bukti gambar di atas, sapu sampah pun dah berkereta.

Tuesday, March 22, 2011

Sunday, March 20, 2011

Gagal tepati masa....

Saya ada bukti pasaraya ni telah gagal tepati masa. Janji bukanya pukul lapan pagi tapi ianya hanya di buka pada jam lapan dua minit pagi.

Ianya lewat 2 minit!

Thursday, March 17, 2011

Naufal & Latitude E6410 (Docking Sys)

Saya merasa menggunakan IBM Think Pad, HP Business, HP Pavilion dan kini Dell Latitude E6410. Saya dapat rasa tingkatan RAM serendah 1GB, 2GB, 3G dan kini 4GB. Saya teruja dengan kehebatan system produk jenama DELL ni.

Ianya hebat!

Merasainya suatu pengalaman yang menarik. Ahamdulillah.

Monday, March 14, 2011

Main cikgu2 dengan Khadijah.....

Khadijah suruh dengar di nak mengajar katanya.

Saturday, March 12, 2011

Artwork - Khadijah & Naufal.

Sabtu/12 Mar 2011 - 5pm ++

Warren Buffet....

Antara koleksi yang saya simpan di library rumah kini dan koleksi Peter Drucker - Father of Management dangan Benjamin Graham - The Intelligent Investor di library di rumah abah dan mama saya.

?

Semasa di MPH saya jumpa buku ini. Saya rasa bersalah pula tak beli sebab selama ni saya beli buku tulisan bangsa asing eg. George Soros...etc.

Naufal mereka aktiviti.....

Friday, March 11, 2011

Lurus....

Jalan yang lurus.

Inilah antara makna yg terkandung di dalam surah Al-Fatihah yang dibaca setiap kali di dalam solat. 'Tunjukkan kami jalan yang lurus'. Berbalik kepada kegiatan aktiviti kehidupan harian, kita juga ingin segala rancangan ataupun urusan harian berjalan dengan lancar dan sempurna. Ianya berkait dengan 'lurus'.

Orang beriman akan diuji Allah.

Makanya, walau selurus mana pun jalan itu, tidak dapat tidak kita akan diuji. Sewajarnya kita bermohon kehadratNYA moga-moga kita berjaya dalam menempuhi ujian daripadaNYA.

ERL Transit/7:40am

Thursday, March 10, 2011

Tok Chon - Umrah...

Hari ni Tok Chon akan berangkat menunaikan umrah ke tanah suci Makkah dan Madinah. Menurut Tok Chon fligt-nya agak berliku sedikit kerana terpaksa singgah di Colombo Sri Lanka selama sehari untuk connecting flight (Saudi) terus ke Jeddah. Pada masa yang sama kami juga berkesempatan menemui baby Nurin Qaisarah. Nurin kelihatan bertambah berisi. Begitulah kekuasaan Allah.

Tok Sarah pula masak laksa dan masak asam pedas pari. Ianya sedap! Khadijah kata best!

Kami mendoakan semoga Tok Chon dipermudahkan dalam menjalani ibadah umrah di sana.

Tuesday, March 8, 2011

Universiti mana ni?

Semalam saya buat kajian di pejabat. Department saya tak ramai org islam dan majoritinya bangsa asing. Saya cuba membilang kalau2 ada rakan sekerja yang ada memberi salam setiba mereka di office.

Ternyata tiada!

Hasil kajian saya 0% org islam yang datang ke pejabat memberi salam kepada rakan taulan di organisasi tempat saya bekerja.

Apa yang saya dapati yang dikisahkan ialah result bola MU menang ker, Liverpool kalah ker dan etc. Kembali ke universiti, saya juga boleh simpulkan institusi pengajian gagal dalam membentuk asas peribadi muslim. Perkara pokok memberi salam kita dah gagal. Usah cerita perkara yang lebih mendalam dan mencabar.

Sekadar berkongsi rasa.........

Monday, March 7, 2011

Aktiviti Play School.

Minggu depan merupakan sesi terakhir play school untuk Kakak dan Adik. Minggu lepas mereka buat seperti gambar di atas. Katanya yg panjang tu hasil kerja tangan adik manakala yg kurang panjang tu hasil kerja tangan kakak.

Ummi kata kalau ikutkan semua aktiviti ni boleh dilakukan di rumah. Tapi masalahnya ialah dua org tu tak boleh stop. Nak terus main non stop.

Bila di play school bersama cikgu mereka disiplin. Bila cikgu kata stop simpan kata2 cikgu dituruti tanpa ada bantahan.

Nak boleh akal, agaknya mereka berdua tu.

Saturday, March 5, 2011

Persimpangan....

Besok adalah hari mengundi bagi dua kawasan untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang membawa manafaat kepada rakyat dan agama. Isu janji, nak buat kemajuan sini dan sana telah menjadi asam garam dalam berkempen. Masing2 dgn janji masing2.

Tapi bila dah menang jangan lupa tunaikan janji itu.

Kalau tidak rakyat akan berada dalam persimpangan untuk pangkah kembali dalam PRU akan datang.

Kelihatan rumah kami dari dalam tren

Isteri saya masih tidur agaknya.........
:)

Melampaui batas.

Majlis Bandaran ini telah melampaui batas. Mereka kenakan bayaran parkir sehari sebanyak RM10. Mungkin pihak Majlis berada dalam ketandusan dana untuk pengurusannya.

Tapi, apa keadaan sekali pun janganlah melampui batas......... Kerana Allah pesan di dalam Al-Quran supaya kita tidak melampui batas. Sesungguhnya balasan Allah itu adalah jelas dan nyata.

Balik kepada gambar di atas, Majlis Bandaran kena ingat bahawa organisasi mereka ini bukanlah suatu organisasi yang bersifat kaut untung semata. Mereka ada punca pendapatan lain seperti cukai tanah atau pintu. Atau mungkin ketua baru masuk agaknya. Mungkin dia seorang yg ingin menunjukkan suatu kecapaian KPI yg hebat?

Kalau beginilah modus operandinya, ianya tidaklah sehebat mana.

Sekadar pendapat saya sementara menunggu tren yang belum tiba.

Thursday, March 3, 2011

Bomba......

Saya teringat kepada kisah silam kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai arwah Tok Sani yang terletak di sebuah kampung bernama Kg. Gali Lurus, Raub, Pahang.

Pasukan bomba lewat tiba dalam masa hampir sejam dan sudah tentu kebakaran itu telah memusnah segalanya. Peninggalan yang paling berharga ialah semua kitab2 agama peninggalan arwah. Alhamdulillah berkat usaha, rumah kedai itu dibina semula dan legasi berniaga diteruskan oleh Tok Mat.

Al-Fatihah buat arwah Tok Sani.