Sunday, February 6, 2011

Kehijauan.......

Merenung sejenak kisah silam semasa Khadijah masih dalam minggu umurnya setelah hampir seminggu kami dipertemukan dengan seorang doktor pakar Dr Chong. Kami bertiga, tok abah, umi dan daddy di bawa ke bilik perbincangan di NICU Hospital Selayang. Dalam banyak perbincangan ada satu kata2 daripada doktor yang terngiang2 hingga kini di telinga. Kata doktor walaun pun Khadijah istimewa, kita mesti perlakukannya seperti anak2 normal yg lain. Dia boleh celebrate birthday, dia boleh pergi kenduri, dan pelbagai adat2 yg ada dan jangan kita asingkannya daripada aktiviti tersebut hanya kerana dia istimewa. Setelah doktor berpuas hati yang Khadijah telah stabil, Khadijah dibenarkan pulang.

No comments: