Tuesday, December 28, 2010

Suatu masa dulu...

 


Khadijah anak yang kuat semangat!!

Khadijah tak boleh merangkak sebelum usia setahun...
dengan berusaha, Allah izinkan khadijah merangkak pada usia 1 tahun setengah;
...menitis air mata ummi...

Khadijah tak boleh berjalan walau usia sudah mencecah setahun lebih...
dengan berusaha, Allah izinkan Khadijah berdiri dan berjalan tatkala usia mencecah 2 tahun 7 bulan;
menitis air mata ummi...

Khadijah belum bicara ketika mana anak-anak kecil seusia 2 tahun mula mengomel itu dan ini....
dengan berusaha, Allah izinkan khadijah memanggil nama "ummi" sebelum usia 3 tahun;
hati ummi gembira tak terkata...

Dengan usaha tanpa jemu juga, pada usia 2 tahun lebih, perkembangan khadijah menjadi pantas... boleh mengunyah makanan pejal, pandai menyuap makanan dengan tangan sendiri, pandai minta air, pandai minta makan dan pandai macam-macam yang menjadi kebiasaan di rumah.

Syukur Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.

Alhamdulillah, cita-cita ummi untuk sekolahkan khadijah bermula usia 4 tahun tercapai. Ummi daddy sedar khadijah terlalu trauma dengan urusan-urusan medikal di hospital sebelum ini. Objektif kami supaya khadijah dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya di sekolah dan belajar daripada persekitaran.

Tangisan sekuat hati seperti mana sesi terapi hanya berlaku pada hari pertama persekolahan sahaja. Pada hari kedua... khadijah ditinggalkan di kelas bersama-sama guru dan sepantas kilat ummi berlalu pergi menyembunyikan diri. Khadijah tidak menangis... cuma mencari-cari... tetapi kelihatan teruja dengan suasana baru yang ceria.

Pada usia 5 tahun, khadijah bertukar sekolah 2 kali! Tabah dengan cabaran... Khadijah cepat menyesuaikan diri walaupun ada sedikit kerisauan terpancar di wajah bulat bibir kemerahan.

Hari-hari yang berlalu diisi dengan kemajuan khadijah pada kelas yang tersendiri.

Syukur Allah atas rahmatmu untuk anak ku dan kami seisi keluarga.

No comments: