Thursday, May 28, 2009

Wednesday, May 27, 2009

Khadijah : "Thank you Uncle Chris Ho........"

Pagi2 sampai di office terkejut aku bila ada dua clapping toys di atas meja aku. Sapa pulaaaa laa yg bagi? Rupanya boss yg bagi.......

Hari sebelumnya boss panggil masuk bilik. Aku ingat ada urgent apa ke benda pagi2 panggil masuk bilik. Aku tersentak bila dia luahkan perasaan cerita tentang anak istimewanya. Kisah puluhan tahun dahulu di Australia. Boss aku ni kerja di Australia dekat 18 tahun kawin pun dengan Aussie. Pendek cerita aku sekat dia daripada cerita kisah anaknya tu pasai dia sebak teruk sangat. Dah laaa umur dia 53 tahun lagi 2 tahun aja nak pencen. Karang pengsan tak pasai2 aja. Walau pun aku tak kenal anak dia tapi kisah kenangan yg dia cerita kat aku tersentuh juga hati aku. Aku paham apa yg dia rasa..........

Sejak dari hari tu boss aku ni baik dengan aku semacam. Dia beli kacang...dia beli buah...... yang aku tak tahan kalau masa dia take a break atau nak lepas tension lepas kena hentam dengan big boss dia akan mai kat meja aku kacau aku.....ada saja joke dia. Geletek aku laaaa. Yang paling aku rimas......... dia suka dakap aku....!!!

Rimasnya aku................. Anyway..........thank you Boss!!!!

Monday, May 25, 2009

Husnuzon

Berbaik sangka lah kita…
Ada prasangka baik
Ada prasangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yg relaks disangka malas
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud(hina)
Orang yg makan bnyk disangka pelahap
Orang yg makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang yg senyum disangka mengejek
Orang yg masam disangka merajuk
Orang yg bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yg diam disangka menyendiri
Orang yg menawan disangka pakai susuk
Orang yg nampak ceria disangka membela

Mana tahu yg diam itu krn berzikir kpd Allah
Mana tahu yg senyum itu krn sedekah
Mana tahu yg masam itu krn mengenang dosa
Mana tahu yg menawan itu krn bersih hati n mindanya
Mana tahu yg ceria itu krn cerdik n cergasnya
Jauhi sikap suka berprasangka
Memusnahkan ukhuwwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api…
Maka, benarlah kata-kata itu, dua minggu sudah: ada satu kejadian antara diriku dan pembantu ku. masalah biasa.... lupa dan kurang faham. Oleh sebab aku dah beberapa kali berpengalaman menguruskan pembantu rumah... makanyer, kini aku mengamalkan pendekatan bertanya dan berbincang cara-cara supaya ianya tak berulang (tapi tengok cara pemikiran pembantu tuh jugaklah..... boleh dibawa berbincang ker idak). Tapi, pembantu aku yang ini, alhamdulillah... bijak dengan caranya tersendiri dan boleh diajak berunding. Kalau salah, dia ngaku salah..... kalau dia rasa dia betul.... dia bagi bukti laa. heeeee.... Sama gaks laa ngan aku.
Manusia nieh banyak kekurangan..... yang buruk semuanya kita, yang baik datang dari Allah.
Walau camner pun, tak terlintas langsung di pikiran aku yang menda nieh akan jadi. Kisahnya cam anak-anak bermain, bersilih-faham..... dan gaduh-gaduh, dah tuh mak pak datang masuk campur untuk menangkan anak memasing. Tapi, last-last..... anak-anak main sama-sama balik..... dan mak pak yang masam mencuka bertahun...... layan ego memasing.
Itu laa tuh..... pendapat aku, tak sepatutnya ada campur tangan dan bersangka buruk tentang satu-satu perkara sebelum diselidiki apa yang ada disebaliknya.
Pembantu datang dan pergi silih berganti..... anak menantu akan di sisi selagi hayat di kandung badan. Aku lebih suka kalau ditegur / selidiki perkara yang berlaku daripada diam dan membuat andaian sendiri, tambah-tambah lagi andaian itu merupakan tuduhan secara melulu.
Kan cantik kalau mak bapak, mertua, suami sedara-mara jadik cermin untuk kita.... cam pakar motivasi Dr. Fad*zilah ka*sah kata. Cermin maknanyer, tegur kalau salah, baiki kalau tersasar, dan yang seumpamanya. Tapi, bukan cam bayang-bayang jer.... ikut rentak dan tidak memberi faedah dan merosak jiwa(gelap).
Aku tak simpan dalam hati, rajuk di hati dibuang ke laut biar tenggelam di dasar yang paling dalam.
Firman Allah SWT QS49:12 maksudnya:” Hai org2 yg beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan jgnlah kamu mencari2 kesalahan org lain dan janganlah sbhgn kamu menggunjing sbhgn yg lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kpdnya. Dan bertakwalah kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lg Maha Penyayang.”

Thursday, May 21, 2009

Study dengan Ummi.......

Daddy: "Ish ish ishhhhhhhh............"

Wednesday, May 20, 2009

kurang perhatian

Khadijah ngamuk tak pepasal dengan aku kebelakangan nieh. Aku tak leh buat menda lain selain memenuhi kehendak dia. Adik nak nyusu pun susah. Walau cam na pun, aku berterima kasih sangat kat suami ku yang penyayang itu, kerana banyak membantu dan memberi sedikit peluang untuk diri ku sendiri.

Dalam keadaan aku skang.... aku jadi bertambah respect kat sesapa yang boleh belajar walaupun dah beranak pinak. Esok selesailah semua cabaran aku dan insyaAllah aku akan memenuhi setiap ruang bermain dengan anak-anak ku itu.

Sunday, May 17, 2009

Khadijah & Beriani......

Wow! Daddy minta skit boleh kaaaaaa.....?
Khadijah: No....no....no.

K.I.N.G



Naufal : ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZ