Bawak khadijah pi beraya rumah mak pak bestpren aku masa sekolah dulu. Dah lama sungguh tak jumpa.... tetiba jek satu hari tuh aku tingat kat dorang. Alhamdulillah, hajat hati pi beraya ke sana termakbul sudah.
Oleh sebab dah lama nar tak bersemuka, banyak gaks la cerita suka duka yang dikongsi. Dalam banyak-banyak bicara tuh, ada satu ayat indah yang aku suka. Masa tuh cerita kitaorang berkisar pasal maid. Makcik zainabu bagitau yang suami anak sulung dia kata: "isteri saya nieh lembut orangnya.... tapi awak (maid nieh hah) dah buat dia jadi garang". Indah kan bila orang sekeliling memahami kita.
Yang sebenonya, aku sensitip betui pasal isu maid nieh. Sejak hari pertama aku menggaji pembantu rumah, porak peranda emosi aku dibuatnya. Ada satu orang yang dekat di hati (bukan suamiku) pernah kata yang aku tak dak tolak ansur dengan maid.... mencabar minda sungguh kata-kata itu... tapi, tuduhan melulu cenggitu aku abaikan saja, sesungguhnya orang yang berkata itu tak mahu kenal diri aku yang sebenar-benarnya. Baik sangat pun tidak, jahat jauh sekali.
Maid terbaru aku? Tip top setakat nieh. Alhamdulillah. Dan harapnya berlanjutan hingga tamat kontraknya ogos 2010 nanti. Sayangnya, dia confirm tak kan sambung kerja lepas tuh sebab rindu nak bersama keluarga dan bercita-cita tuk besarkan lagik famili.
Motip cerita di atas? Pandanglah dengan mata hati bagi setiap apa yang berlaku.
1 comment:
saya faham..sebab saya dah alami sendiri.saya ni adik2 saya menggelarkan saya seorang kakak yang teramat lemah lembut...adik2 lelaki saya nakal2 buas..tapi mereka tak pernah tengok saya marah
tapi bila saya da maid yg ke2,mertua teramat terkejut dgn saya..dan mereka beranggapans aya seorang sgt garang tapi Allah
s ahaja yang tahu.suami kata lain kali tak perlu ada maid kalau ahnya menyebabkan emosi kita tercedera.
mudahan maid ke3 ini betah bekerja dgn kami..baru 3 bulan,tapi kali ini saya malas nak tegur dia bila di rumah mertua atau ipar duai.akhirnya kebenaran terbukti.Maha Kaya Allah
Post a Comment