Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Thursday, October 30, 2008
Pelangi di belakang rumah........
Saturday, October 25, 2008
Monday, October 13, 2008
Muhammad Naufal Shah Bin Faizal Shah
Friday, October 10, 2008
Acuan
Pakcik aku hantar mak pak aku ke rumah kami semalam. Masa tengah makan-makan tuh, terkeluar laa cerita semperit yang aku buat. Pakcik aku kata, semperit aku tuh cam kerepek. Tapi.... yang sebenarnyer, bukan aku yang harus dipersalahkan. Acuan yang aku guna tuh tipis sangat.... tuh pun untung dapat carik last minit. Kalau tak, kempunan pakcik aku nak merasa semperit hasil tangan aku. hehe
Mak aku kata, dia akan carikkan acuan semperit untuk aku bila balik penang nanti. Tapi, sayangnya, aku tak sempat nak buktikan kemampuan aku mengimprovekan biskut semperit dengan acuan baru itu. Pakcik aku akan berhijrah ke luar negara 18 Oktober nanti. Pastinya penghijrahannya itu, amat terkesan dalam hati aku dan keluarga kami.
cerita lama + cerita maid
Bawak khadijah pi beraya rumah mak pak bestpren aku masa sekolah dulu. Dah lama sungguh tak jumpa.... tetiba jek satu hari tuh aku tingat kat dorang. Alhamdulillah, hajat hati pi beraya ke sana termakbul sudah.
Oleh sebab dah lama nar tak bersemuka, banyak gaks la cerita suka duka yang dikongsi. Dalam banyak-banyak bicara tuh, ada satu ayat indah yang aku suka. Masa tuh cerita kitaorang berkisar pasal maid. Makcik zainabu bagitau yang suami anak sulung dia kata: "isteri saya nieh lembut orangnya.... tapi awak (maid nieh hah) dah buat dia jadi garang". Indah kan bila orang sekeliling memahami kita.
Yang sebenonya, aku sensitip betui pasal isu maid nieh. Sejak hari pertama aku menggaji pembantu rumah, porak peranda emosi aku dibuatnya. Ada satu orang yang dekat di hati (bukan suamiku) pernah kata yang aku tak dak tolak ansur dengan maid.... mencabar minda sungguh kata-kata itu... tapi, tuduhan melulu cenggitu aku abaikan saja, sesungguhnya orang yang berkata itu tak mahu kenal diri aku yang sebenar-benarnya. Baik sangat pun tidak, jahat jauh sekali.
Maid terbaru aku? Tip top setakat nieh. Alhamdulillah. Dan harapnya berlanjutan hingga tamat kontraknya ogos 2010 nanti. Sayangnya, dia confirm tak kan sambung kerja lepas tuh sebab rindu nak bersama keluarga dan bercita-cita tuk besarkan lagik famili.
Motip cerita di atas? Pandanglah dengan mata hati bagi setiap apa yang berlaku.
Wednesday, October 8, 2008
Tok Ma & Atok.
Ummi Masak Rendang & Mertabaq....
Tok mama, Tok abah, Tok Sarah, Tok Chon, Tok Cuna dan Tok Din nak mai rumah. So kami busy di dapur dari pagi sampai ke tengah hari aja. Selain daripada menjamah kuih raya, Ummi memperkenalkan resepi rendang dan mertabaq.
Khadijah: Mheee...........dap...dap...dap......(dap=sedap). Komentar daripada peminat sejati.......KD.
Wednesday, October 1, 2008
Ulang Tahun Ke - 3. Happy Birthday Khadijah!
Alhamdulillah hari ini 30 Ramadhan merupakan hari ulang tahun ke 3 buat Khadijah. Didoakan semoga KD senantiasa dirahmatiNYA dan berjaya dalam apa bidang yg diceburi. Juga didoakan semoga dipermudahkan dalam segala lapangan yg dilalui atau diceburinya. Terima kasih dipanjangkan kepada tok abah dan mak tok (sponsor cake), tok abah dan tok mama, tok chuna, tok sarah, tok chon dan tok din dengan segala hadiah dan birthday wishes.
Subscribe to:
Posts (Atom)