Wednesday, August 20, 2008

keluar dari tajuk sebenar

Dengar radio dalam perjalanan ke tempat kerja..... tajuk perbualan pagi nieh berkisar pasal: kalaulah kita boleh balik ke masa yang lalu... bilalah agaknya masa itu. Spontan jawapan dalam hati.... zaman aku baru kerja dulu-dulu.... sangat kenangan okey. Sampaikan kitaorang berkongsi blog masa tuh.
----------
Tuesday, May 25, 2004

The Review Of Secret Window Version BSMR

Secret Window Versi BSMRFilem Seram Beretika Budaya Timur Yang Tinggi
Gandingan tiga orang ini seharusnya mampu memberikan antara yang terbaik. Jeet Koepp ialah penulis lakonlayar yang tidak asing lagi dengan sejumlah filem thriller yang impresif seperti Panic Data Centre Room, Spider-RMan Veritas Back-up Solution, Mission Impossible : Server Migration dan Jurassic Parking Metro serta mengarah filem Apartment Kota Damansara Zero. Stephen Maya King yang mana novelnya Secret Window, Secret Kacang Tong Garden yang diadaptasi menjadi filem. Secret Window adalah raja penulis buku-buku seram. Antara buku yang begitu berjaya difilemkan ialah The Running Nose dan Misery of Mainframe. Johnny Ajis Depp merupakan antara pelakon muda yang serius, dia selalunya selektif dalam memilih wataknya. Dia begitu berkesan dalam filem The Dead Kantoi Minum Pagi Man arahan cemerlang Azlina Jarmush dan lakonan bersama Datuk KP dan lakonannya dalam Pirates The Adukom Carribean yang telah dicalonkan untuk pelakon terbaik dalam anugerah Oscar Hari Imigresen baru lalu.
Lalu di mana silapnya filem ini, apabila ia menjadi filem seram yang gagal dan tidak mempunyai tarikan tersendiri?
Dalam filem Secret Window, Stephen Maya King nyata membawakan elemen yang telah muncul dalam dua buah karyanya The Shining of Pelaminku dan Misery of Mainframe, iaitu tentang kehidupan dan misteri yang dilalui oleh penulis seram. Dalam filem ini watak penulis seram yang misterius ini, Mork Ajis Rainey dimainkan oleh Johnny Ajis Depp. Mork Ajis berhadapan dengan masalah untuk menyiapkan novel seramnya, maka dia memilih untuk tinggal di sebuah kabin yang jauh di pendalaman yang kononnya di New England (padahal kat Kampung Kerinchi jer). Di sini, Mork diintip dan dijejaki oleh peminatnya John Bob Shooter (John Bob Turturro) yang menuduh Mork Ajis memplagiat cerita yang pernah ditulisnya dahulu. Mork Ajis menafikannya kerana tulisannya terlebih dahulu telah diterbitkan di dalam Buletin Imigresen. Tetapi Bob Shooter mengancam akan membunuh Mork Ajis jika Mork Ajis tidak mencetak cerita dengan mengekalkan namanya dan mengekalkan juga penamat cerita mengikut apa yang telah ditulis oleh Bob Shooter. Pada masa yang sama Mork Ajis juga berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya Amy Mc Na (Maria Mc Na Belo) yang mempunyai teman lelaki Ted Arbi (Timothy Arbi Hutton). Selebihnya adalah usaha Jeet Koepp untuk mencipta suspens serta ketegangan dan menamatkan ceritanya.
Johnny Ajis Depp sebagai Mork Ajis Rainey penulis yang bersendirian menguasai filem ini dalam moodnya yang muram dan tidak menyenangi orang di sekelilingnya. Mork Ajis Rainey mengesyaki isterinya berkonspirasi dengan teman lelakinya, dia melihat Bob Shooter yang semakin ganas tapi baik hati dan juga hensem orangnya, polis tempatan yang aneh dan tidak memihak kepadanya, dan dia akhirnya membunuh anjingnya sendiri. Mork Ajis Rainey akhirnya hidup di alam imaginasinya sebagai seorang saikopatik (rujuk kamus dewan muka surat 1,485 kalau nak tahu maknanya) dan pembunuh bersiri. Johhny Ajis Depp cuba memberikan kekuatan yang sewajarnya untuk filem ini.Tetapi kekuatan lakonan Johnny Ajis Depp masih belum mampu menyelamatkan filem ini daripada kelemahannya. Apatah lagi watak-watak lain sekadar melengkapkan perjalanan cerita filem ini kecuali watak John Bob Shooter yang hebat dan tidak dapat ditandingi dari awal kemunculannya dalam filem ini.
David Jeet Koepp mengolah Secret Window dengan pendekatan fesyen filem-filem seram yang beretika tinggi seperti Toyol Ku Yang Amat Amanah, Pulangkan Cerek Airku Jika Telah Puas Kau Gunakan dan Jerangkung Menjual Kangkung Dengan Izin Ketua Kampung. Dari sudut pengolahan cerita, penciptaan adegan suspens dan ketegangan serta watak-watak yang konvensional, kita dapat melihat suatu olahan yang baru, original dan mempunyai nilai etika budaya timur yang tinggi. Namun untuk menunggu Jeet Koepp menamatkan adegan-adegan filem ini ia adalah pengalaman yang menggelisahkan, mendatar dan menyeksakan. Ini kerana imej dan adegannya yang terlalu bersopan santun, kelemah- lembutan dialog ( Nak bunuh orang pun kena minta izin dan bermaaf-maafan dengan orang yang kena bunuh dulu) dan yang paling nyata filem ini tidak pun mempunyai adegan yang benar-benar menakutkan tetapi realitinya sewaktu tayangan perdana dibuat, filem ini hanya dapat menakutkan pelakon wanita utama filem ini sahaja iaitu Maria Mc Na Belo yang sering kali menutup mata ketika adegan saspen ditayangkan padahal adegan saspen itu melibatkan lakonan beliau sendiri. Tidakkah itu amat menghairankan ??? Sekali lagi Secret Window versi BSMR ini tidak ditayangkan di mana pawagam kerana Secret Window ini boleh didapati di mana-mana sahaja hatta rumah anda sendiri (alah tajuk tu untuk gimik jer).
----------

No comments: