Wednesday, August 27, 2008

Penyokong Kedah....

Daddy: Dia sokong Kedah...............

Monday, August 25, 2008

Daddy & Tun Siti Hasmah.

Majlis Convo Daddy.

Resepi Ummi............ untuk semua....

Hmm....nasik dah nak masak...... Nasi Tomato. Nyam nyam.
Ini lah hasilnya. Dhal sekali kena pasti nak lagik! Heee..
Ayam Rose? Fuuhhhhh................
Sambal belacan pun tak ketinggalan kepada yg mengidam.
Sayur campur............

Lesung dan periuk bertemu di atas dapur.

Budak kecik sorang ni......... 2 convo dia pi...........







Majlis Convo - Aksi Ummi, Daddy & PakChu.....

Uncle Farris & Daddy
Pakchu & Uncle Farris

Khadijah: Tahniah Uncle Farris!
Ummi: Berapa kali convo dhaaaaaaaaa....

KD: Aik! pakchu pun sokong Kedah sama Khadijah? Daddy kalah.. Kwang kang kwang...

Penyokong Kuat Kedah..............

Ummi & KD: Penyokong Kedah
Daddy: Sudah semestinya Selangor
Sapa menang: Kedah
Daddy: Waaaaaaaarrrgggggghhhhhhhhh...................................

Saturday, August 23, 2008

Khadijah: "Happy Birthday adik Wafri....."

Happy birthday adik Wafri,
Happy birthday adik Wafri,
Happy birthday..... happy birthday,
Happy birthday to you..........

Friday, August 22, 2008

Silat penyapu..............



KD: Ya yaaaahhh yaaaaaa.......
Daddy: Arrrggggghhhhhhhhhh.........[batang penyapu menerjah ke hidung daddy secara tiba2]

Thursday, August 21, 2008

Umrah

Mak dan bapa aku bertolak ke tanah suci pagi nieh. Aku hanya dapat mengiringi mereka dengan doa dari kejauhan.
Cerita kedua: mak aku bagitau yang pakcik terdekat aku akan berpindah ke luar negara selepas raya. Sebak laks hati nieh. Bukannya apa-apa...... sepanjang aku duduk kat sinie, rumah yang selalu aku ziarah di hujung minggu ada dua saja, mertua aku dan pakcik aku.

Wednesday, August 20, 2008

keluar dari tajuk sebenar

Dengar radio dalam perjalanan ke tempat kerja..... tajuk perbualan pagi nieh berkisar pasal: kalaulah kita boleh balik ke masa yang lalu... bilalah agaknya masa itu. Spontan jawapan dalam hati.... zaman aku baru kerja dulu-dulu.... sangat kenangan okey. Sampaikan kitaorang berkongsi blog masa tuh.
----------
Tuesday, May 25, 2004

The Review Of Secret Window Version BSMR

Secret Window Versi BSMRFilem Seram Beretika Budaya Timur Yang Tinggi
Gandingan tiga orang ini seharusnya mampu memberikan antara yang terbaik. Jeet Koepp ialah penulis lakonlayar yang tidak asing lagi dengan sejumlah filem thriller yang impresif seperti Panic Data Centre Room, Spider-RMan Veritas Back-up Solution, Mission Impossible : Server Migration dan Jurassic Parking Metro serta mengarah filem Apartment Kota Damansara Zero. Stephen Maya King yang mana novelnya Secret Window, Secret Kacang Tong Garden yang diadaptasi menjadi filem. Secret Window adalah raja penulis buku-buku seram. Antara buku yang begitu berjaya difilemkan ialah The Running Nose dan Misery of Mainframe. Johnny Ajis Depp merupakan antara pelakon muda yang serius, dia selalunya selektif dalam memilih wataknya. Dia begitu berkesan dalam filem The Dead Kantoi Minum Pagi Man arahan cemerlang Azlina Jarmush dan lakonan bersama Datuk KP dan lakonannya dalam Pirates The Adukom Carribean yang telah dicalonkan untuk pelakon terbaik dalam anugerah Oscar Hari Imigresen baru lalu.
Lalu di mana silapnya filem ini, apabila ia menjadi filem seram yang gagal dan tidak mempunyai tarikan tersendiri?
Dalam filem Secret Window, Stephen Maya King nyata membawakan elemen yang telah muncul dalam dua buah karyanya The Shining of Pelaminku dan Misery of Mainframe, iaitu tentang kehidupan dan misteri yang dilalui oleh penulis seram. Dalam filem ini watak penulis seram yang misterius ini, Mork Ajis Rainey dimainkan oleh Johnny Ajis Depp. Mork Ajis berhadapan dengan masalah untuk menyiapkan novel seramnya, maka dia memilih untuk tinggal di sebuah kabin yang jauh di pendalaman yang kononnya di New England (padahal kat Kampung Kerinchi jer). Di sini, Mork diintip dan dijejaki oleh peminatnya John Bob Shooter (John Bob Turturro) yang menuduh Mork Ajis memplagiat cerita yang pernah ditulisnya dahulu. Mork Ajis menafikannya kerana tulisannya terlebih dahulu telah diterbitkan di dalam Buletin Imigresen. Tetapi Bob Shooter mengancam akan membunuh Mork Ajis jika Mork Ajis tidak mencetak cerita dengan mengekalkan namanya dan mengekalkan juga penamat cerita mengikut apa yang telah ditulis oleh Bob Shooter. Pada masa yang sama Mork Ajis juga berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya Amy Mc Na (Maria Mc Na Belo) yang mempunyai teman lelaki Ted Arbi (Timothy Arbi Hutton). Selebihnya adalah usaha Jeet Koepp untuk mencipta suspens serta ketegangan dan menamatkan ceritanya.
Johnny Ajis Depp sebagai Mork Ajis Rainey penulis yang bersendirian menguasai filem ini dalam moodnya yang muram dan tidak menyenangi orang di sekelilingnya. Mork Ajis Rainey mengesyaki isterinya berkonspirasi dengan teman lelakinya, dia melihat Bob Shooter yang semakin ganas tapi baik hati dan juga hensem orangnya, polis tempatan yang aneh dan tidak memihak kepadanya, dan dia akhirnya membunuh anjingnya sendiri. Mork Ajis Rainey akhirnya hidup di alam imaginasinya sebagai seorang saikopatik (rujuk kamus dewan muka surat 1,485 kalau nak tahu maknanya) dan pembunuh bersiri. Johhny Ajis Depp cuba memberikan kekuatan yang sewajarnya untuk filem ini.Tetapi kekuatan lakonan Johnny Ajis Depp masih belum mampu menyelamatkan filem ini daripada kelemahannya. Apatah lagi watak-watak lain sekadar melengkapkan perjalanan cerita filem ini kecuali watak John Bob Shooter yang hebat dan tidak dapat ditandingi dari awal kemunculannya dalam filem ini.
David Jeet Koepp mengolah Secret Window dengan pendekatan fesyen filem-filem seram yang beretika tinggi seperti Toyol Ku Yang Amat Amanah, Pulangkan Cerek Airku Jika Telah Puas Kau Gunakan dan Jerangkung Menjual Kangkung Dengan Izin Ketua Kampung. Dari sudut pengolahan cerita, penciptaan adegan suspens dan ketegangan serta watak-watak yang konvensional, kita dapat melihat suatu olahan yang baru, original dan mempunyai nilai etika budaya timur yang tinggi. Namun untuk menunggu Jeet Koepp menamatkan adegan-adegan filem ini ia adalah pengalaman yang menggelisahkan, mendatar dan menyeksakan. Ini kerana imej dan adegannya yang terlalu bersopan santun, kelemah- lembutan dialog ( Nak bunuh orang pun kena minta izin dan bermaaf-maafan dengan orang yang kena bunuh dulu) dan yang paling nyata filem ini tidak pun mempunyai adegan yang benar-benar menakutkan tetapi realitinya sewaktu tayangan perdana dibuat, filem ini hanya dapat menakutkan pelakon wanita utama filem ini sahaja iaitu Maria Mc Na Belo yang sering kali menutup mata ketika adegan saspen ditayangkan padahal adegan saspen itu melibatkan lakonan beliau sendiri. Tidakkah itu amat menghairankan ??? Sekali lagi Secret Window versi BSMR ini tidak ditayangkan di mana pawagam kerana Secret Window ini boleh didapati di mana-mana sahaja hatta rumah anda sendiri (alah tajuk tu untuk gimik jer).
----------

Friday, August 15, 2008

Yang lama... tapi baru (untuk kita aje)

Adik ipar aku dah dapat sesuatu yang baru pada hari semalam. Secara tak langsung, kami pun bakal menerima kereta lama tinggalannya itu. Tapi, tak der la dapat percuma.... masih terikat dengan perjanjian lisan kepada yang hak.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada institusi kewangan abaMa kerana membenarkan pembayaran secara ansuran mudah.
Urusan harian pastinya lebih lancar dengan adanya yang baru itu. InsyaAllah.

Wednesday, August 13, 2008

Tak suka la

Dalam situasi indah permai, sejuk lagi nyaman...

Aku katakan sesuatu kepada seseroang dalam jarak kurang dari 8 langkah antara satu dengan yang lain....

Dengan nada suara yang aku lontarkan.... aku pasti kata-kata itu sampai ke telinga orang yang dimaksudkan.

Tapi, malangnya tiada respon yang ditunjukkan..... memang sengaja buat-buat okey.

Aku tak suka laaa

Pantang tok nenek aku..... tiada kesopanan dan kesusilaan.
Mustahil jugak menda gitu pantang untuk tok nenek aku saja.... tok nenek orang lain tak macam tuh ka?

Khadijah: "Happy Birthday Ummi....................."


Tuesday, August 12, 2008

Tiga pagi

Semenjak dua menjak kebalakangan nie, Khadijah asyik bangun sekitar jam 3.00 pagi. Bingung rasanya..... siap menangis meraung tanpa sebab yang aku ketahui. Tapi, semalam berbeza, tidur Khadijah tidak terganggu... dan dapatlah aku tidur lena. Mungkin gaks itu hadiah Khadijah untuk aku pada hari yang istimewa ini. Terima kasih sayang :-)

Sunday, August 10, 2008

Message daripada Daddy sempena majlis Konvo - nya.


Alhamdulillah ku panjangkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNYA jua dan setelah berusaha sekian lama maka pada hari ini merupakan hari yg bersejarah ku lakarkan buat keluarga; isteri ku yg tercinta serta buah hati intan payung ku - Khadijah. Semoga kejayaan ku ini menjadi pencetus semangat untuk semua dalam perjuangan menuntut ilmu.


Mama & Abah - Mak & Bapa, Isteri & anak serta seluruh keluarga : Terima kasih di atas doa dan support selama ini. InsyaAllah kalau ada rezeki dan dgn izinNYA aku akan meneruskan perjuangan dalam bidang PhD pula.
Cita2 ku semoga isteri yg tercinta dan buat hati ku - KD akan mengikut jejak ku sampai ke peringkat PhD suatu masa kelak.
InsyaAllah. Semoga dirahmatiNYA.

KD: "Tahniah auntie Ayeen...................."

Setelah selesai majlis Konvo. daddy dan Ummi bergegas pula ke majlis perkahwinan Auntie Ayeen (Cousin) di Shah Alam. Kepada auntie Ayeen yg chomey, kami sekeluarga mengucapkan tahniah dan didoakan semoga perkahwinan ini kekal buat selamanya. Kepada auntie Ayeen, selamat berangkat ke Bali. Ehem ehemmm!!

Aksi Khadijah (KD) - Majlis Konvokesyen ke 9.


KD: Hmmm.... bunga mana nih nak bagi daddy. Hmmmm..

Daddy: Cheewaaahhhh.............:)


Daddy: Me achih Khadijah...............

Saturday, August 9, 2008

Thursday, August 7, 2008

Pembantu Peribadi


Dah dapat PA baru untuk Khadijah. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan kerjanya setakat ini. Walau bagaimanapun, jasa PA lama tetap ku kenang kerana khidmat baktinya kepada Khadijah tidak ternilai banyaknya.

Tuesday, August 5, 2008

Oh.....roti kegemaran ku.........


Inilah roti yg paling diminati KD. Tak cukup 2 mesti 3. Tak pula kira masa. Bila dirindui pasti diminta. Ti..............ti......................ti............ maknanya dia mau roti.............

Yang mana satu........

Ini merupakan tempat favorite KD di Carrefour. Tempat bedak2 dan mekap2 lagi satu tempat chocolate dan roti. Tak boleh nampak. Kalau dia nampak siap....... nak nak nak nak.......................

Arahan

Apa kata Khadijah bila nak minta kita baring?

"pan-na...."

Jauh menyimpang dari perkataan sebenar kan. Mana mai pun tak tau.

Friday, August 1, 2008

VII

Tujuh belaka....

Khadijah bangun pukul berapa hari nieh? 7
Khadijah tidur pukul berapa? 7
Pukul berapa makan nasik? 7
Umur berapa tahun? tiga
Daddy balik umah kul berapa? 7
Dah pukul berapa yek? 7
Nak tidur kul berapa nieh? 7
Tidur siang berapa jam? dua
Tapi... ada gaks la nombor lain yang terselit.