Friday, April 25, 2008

Cakap-cakap

Salam.... dah lama tak menaip kat blog nieh. Malas campur sibuk. Ada cerita terbaru berkenaan penyejuk hati yang semakin membesar dan bertambah akalnya. Khadijah dah mula bicara perkataan yang difahami oleh aku dan keluarga terdekat. Belum menyebut perkataan sepenuhnya, tapi sudah pandai minta itu dan ini dengan menyebut suku kata terakhir sahaja. Syukur. Setiap perkara yang besar, bermula dari sesuatu yang sedikit. Walau bagaimanapun, dua perkara yang aku tunggu belum kunjung tiba. Khadijah belum memanggil ummi dan daddy. Tapi, Khadijah boleh menyebut mama dan abah.... tapi, bukan untuk kami suami isteri.... untuk tok mama dan tok abahnya. Makin bertambah manja dengan tok mama dan tok abah.... dah 3 minggu tok berdua itu menjaga dan mengasuhnya di waktu aku dan suami bekerja. Ucapan terima kasih tak terhingga.... bukan sekadar kepada tok berdua, tetapi juga kepada nenek kami yang terpaksa berseorangan di rumah, kepada chuna yang menjengah tok dan membekalkan makanannya dan kepada iparku berdua atas pengorbanan mereka.
oOOOooo 25 April.... hari istimewa untuk Pak Ngah, tapi kesian.... mak ngah di kejauhan pulak. Apa-apa pun, kami sekeluarga nak ucapkan "HAPPY BIRTHDAY PAK NGAH.... ceria selalu!"

2 comments:

Celoteh Ezri said...

mailah penang hujung minggu ni. Kita celebrate birthday Pak Ngah hari Ahad, kita pi brunch

TRIDINAR said...

memang tak sabaq yang amat nak balik penang,keluaq makan sefamili. Tapi, awal Jun nanti leh kut, insyaAllah. Teringin nak makan mee mamak penang dan mee stadium. Kita video call jek la nanti :-)