Friday, March 28, 2008

Khadijah minta nak pakaikan cincin........

" Khadijah memperagakan sebentuk cincin di jarinya"


Alhamdulillah, Khadijah makin lama menampakkan kematangannya. Physiotherapy session pun tidak lagi menangis seperti dulu. Malah dia mula menampakkan kerjasama yg baik bersama pakar physio yg dilaluinya. Begitu juga dengan sesi persekolahan 1 to 1 dengan teacher-nya. Setiap tugasan di buat sehingga selesai menurut arahan teacher. Didoakan semoga Khadijah terus menunjukkan perkembangan yg positive dari masa ke semasa. Khadijah mula menampakkan kerenah. Sudah mula memberi arahan dan banyak bercakap. Dia akan memberi respond kepada setiap apa yg berlaku di hadapannya. Semoga Allah memberkati usaha kami sekeluarga dalam membentuk Khadijah menjadi seorang insan yg bukannya hanya taat kepadaNYA malah cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

No comments: