Friday, July 26, 2013

17 Ramadan - Catatan kuliah di surau.

1) Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari baitul izzah ke langit dunia.

2) Ada pendapat mengatakan, Allah mahu beritahu kepada makhluk-makhluk yang ada di setiap tingkat langit (langit 1 sampai ke 7) betapa Quran ini 'special' hanya untuk nabi yang teristimewa dan untuk umat yang teristimewa. Pun begitu betapa istimewanya Quran itu, masih ramai yang alpa. Tiada masa untuk membaca apatah lagi untuk memahaminya.

3) Kemudian, Quran diturunkan secara beransur-ansur mengikut keadaan dan suasana semasa. Secara keseluruhannya ia mengambil masa selamat 23 tahun. 13 tahun turun di Makkah dan 10 tahun turun di Madinah. 23 tahun mereka ambil masa untuk menghafaznya.

4) 17 Ramadan juga berlakunya perang Badar Al-Qubra. Kemenangan tentera islam yang hanya 313 orang berbanding dengan musuh yang seramai hampir 1,400 orang.

5) Quran ini dijanji oleh Allah akan kandungannya dan tidak akan ada tokok tambah. Malah sarjana-sarjana arab tidak mampu untuk menandingi kehebatan makna ayat-ayat quran ini.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, July 23, 2013

Monday, July 22, 2013

Pesannya........

1) Jangan sesekali tinggal solat fardhu.

2) Bacalah quran setiap hari dengan memahami maknanya.

3) Istiqamah dalam ibadah.

4) Bangun jam 3:30 am untuk bermunajat kepada Allah SWT. Mohon keampunan dariNYA.

5) Amalan puasa Nabi Daud.

Bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim, Prof. Accounting Universiti Taibah, Madinah

Saturday, July 20, 2013

Mak Tok dan usaha kebajikan

Moga ianya menjadi ikutan anak cucu untuk meneruskan usaha-usaha kebajikan.

Tahniah Mak Tok!

Friday, July 19, 2013

6 Ramadan - Bersyukur saat diuji

1) Terasa kelainan di bahagian dada sebelah kiri pada hari Sabtu dan Ahad. Rasanya seperti dicucuk hujung jarum. Ianya rasa seperti objek tajam. Namun ianya rasa sekali sekala dan tidak berlarutan. Perasaan mengatakan mungkin ianya hanya sekadar angin dalam badan.

2) Pada hari Isnin ketika dalam perjalanan ke tempat kerja didalam tren, rasa yang sama muncul lagi. Kali ini ianya terasa sedikit kelainan. Ianya rasa begitu kerap. Lantas perasaan dihati rasa tidak sedap.

3) Mendapat berita Khadijah jatuh disekolah ketika berlari ke tempat perhimpunan. Ketika dia bingkas untuk bangun, Khadijah kelihatan tidak dapat mengimbangkan badannya. Keputusan untuk bawanya pulang diambil untuk pemerhatian. Alhamdulillah, Khadijah OK.

4) Hati rasa tidak sedap, lalu mengambil keputusan untuk terus menuju ke hospital.

5) Sejurus tiba di hospital di unit kecemasan saya beritahu rasa sakit di dada kiri. Lantas begitu pantas saya diheret ke katil dan dibaringkan. Saya kata saya OK. Saya OK. Jawab nurse, sakit jenis ini semua orang akan kata dirinya OK. Tetapi sebenarnya dia tidak OK. Mereka melakukan ECG.

6) Setelah 15 minit keputusan ECG tidak normal. Lantas terus mereka memasukkan wayar ke hidung untuk dibekalkan gas oksigen. Saya mengatakan ianya tak perlu. Saya OK. Jawab nurse yang sama, memang Encik kata OK. Tapi jantung encik tak OK. Beginilah keadaan saya ketika dimasukkan gas oksigen. Pengalaman pertama menyedut gas ini rasanya nyaman dan hidung rasa sejuk sekali. Suasana di bilik kecemasan menggabungkan dua warna yang berbeza.




7) Hati kecil berkata alah...... yang kata ECG tak normal nurse dan bukan doktor pakar. Ianya kata-kata bisikan hati untuk menenangkan diri sendiri. Jam 12 tengahari ujian stress test dilakukan. Badan dipenuhi dengan wayar. Ianya bermula dengan berjalan dan kemudian berlari. Stress test menunjukkan result abnormal! Ianya tidak normal. Wah letih berlari. Haus! Tapi saya berpuasa.

8) Saya berkata pada diri...... "Habis saya".......... Pada jam 1 tengahari berjumpa dengan doktor pakar. Keputusan ECG dan Stress Test menunjukkan kemungkinan bahagian bawah jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Hanya dengan angiogram boleh dipastikan keadaan sebenar.

9) Ujian angiogram dijalankan pada jam 4:30 petang. Ianya seperti proses prosedur pembedahan. Saya berbaring di atas katil sedikit kelainan kepala dilapik dengan bantal. Kertas warna biru dilapik keseluruh tubuh. sangat sejuk. Kedengaran doktor memulakan prosedur dengan bismillah. Urat berhampiran nadi di pergelangan tangan kanan ditebuk untuk dimasukkan dawai halus. Bila dawai halus masuk telinga kanan kedengaran "gedokgedokgedokgedok" sehingga berhampiran jantung. Kemudian pewarna disembur ke arah jantung. Doktor akan beri arahan tarik nafas dalam-dalam dan tahan! Prosedur mengambil masa sekitar 20 minit. Ketika itu tindakbalas jantung diperhatikan. Setelah itu doktor kata kepada saya OK semua "clear", tidak ada apa-apa.

10) Beginilah keadaan setelah selesai prosedur. Ianya letih dalam kesakitan.


11) Menu berbuka puasa.


12) Internet TV.


13) Alhamdulillah Allah memberi kekuatan kepada saya dalam menghadapi ujian ini. Tidak lupa juga kepada isteri yang menjadi super woman terutama dalam menjaga Khadijah dan anak di rumah. Juga terima kasih di atas doa, semangat dan dorongan daripada keempat ibu bapa dan keluarga keseluruhannya.

14) Yei! Boleh makan maghdud lamb, mandy lamb dan khabsah lamb lagi!

15) Father said reduce weight!

16) Father in law said, Nasi Arab - No More!

Posted via DraftCraft app

Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah Kak Ngah Miza dah boleh bangun dan berjalan......

Kami mendoakan kesembuhan untuk Kak Ngah Miza.

Naufal kata - Kak Ngah Miza takkan kalah.

Sejak seminggu ini Naufal asyik dengan upin cabut gigi.

Tapi hari ini bila tiba gilirannya periksa gigi, tangisannya seperti orang cabut gigi. Walhal tidak pun dicabut giginya.

Ianya hanya sesi periksa gigi biasa-biasa.

Naufal...... Naufal.