Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Saturday, June 30, 2012
Friday, June 29, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Monday, June 25, 2012
Saturday, June 23, 2012
Friday, June 22, 2012
Tuesday, June 19, 2012
Teknologi meroboh bangunan.
Mungkin kepakarannya belum ada di Malaysia. Apa yang kelihatan mereka meruntuhkan bangunan ini dari satu tingkat ke satu tingkat berikutnya bermula dari tingkat teratas.
Ianya memakan masa dan menyebabkan pencemaran bunyi dan habuk yang berlarutan.
Suatu proses yang lambat dan tidak effektif.
Persoalannya mengapa tidak digunakan bom?

Monday, June 18, 2012
Sunday, June 17, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Nostalgia Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan pertama dimulakan tanpa perancangan dan niat. Tapi, syukur Alhamdulillah… atas izin Mu ya Allah, saya telah menyediakan perahan susu untuk bekalan khadijah dan naufal sehingga usia mereka setahun setengah dan melengkapkan penyusuan secara langsung sehingga usia 2 tahun penuh. Kini, tiba pula giliran Haikal. Doa yang sama dipanjatkan agar saya dapat menyusu penuh seperti mana yang telah disempurnakan kepada kakak dan abangnya, serta menyediakan perahan susu mencukupi sebagai bekalan ketika saya tiada disisi. InsyaAllah.
Masih teringat kali pertama saya terkial-kial menyediakan perahan susu menggunakan tangan ketika Khadijah ditempatkan di dalam inkubator di bilik yang terasing keseorangan. Gugur air mata tatkala susu yang diperah selama 1 jam pada jumlah yang hampir 15 ml tertumpah dan berbaki kurang 5 ml sahaja untuk dihantar ke nursery. Kecewa dengan itu, saya mendesak suami untuk membawa saya berjumpa Khadijah untuk menyusu secara terus walau pun jam sudah 1.00 pagi. Malangnya, bertembung pula dengan Doktor Lim (doctor pediatrik Khadijah) di muka pintu nursery dan beliau menghalang serta minta tangguhkan hasrat tersebut ke esok pagi sahaja.
Setelah 3 hari baru saya dan Khadijah dipertemukan. Pelukan erat dengan penuh kasih dan sayang untuk anak yang dikandung selama 36 minggu amat dinanti-nantikan. Melekap elok mulut kecil, puas dipeluk dan disusu hingga kekenyangan lalu tidur lena di pangkuan. Saat pertama yang tak akan sesekali dilupakan kerana bermula dari situlah saya berazam untuk menyusu penuh Khadijah dan anak-anak seterusnya seperti mana yang dinyatakan dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud,
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.
Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
Sebenarnya, ramai individu yang menyemarakkan azam yang ditaruhkan. Susah jika keseorangan tanpa sokongan. Suamiku, Mak, Bapa, Abah, Mama, Abang Ee, Abang Naz, Kak Min dan Kak Yati yang sentiasa mendorong diriku untuk meneruskan penyusuan sama ada secara langsung atau tidak.
Suami yang sentiasa berusaha mencarikan pelbagai kemudahan untuk menyokong penyusuan susu ibu tanpa jemu dan lelah. Satu kisah lucu yang saya tak boleh lupa adalah ketika saya meminta tolong daripada suami untuk membelikan saya breast pad dan nursing bra. Suami menjadi keliru bila mana dia bertanyakan "nursing breast ada jual tak?" kepada jurujual wanita senior sampaikan tergamam orang itu dibuatnya. Saya tak dapat menahan tawa bila mendengar cerita suami sebaik sahaja beliau pulang ke rumah.
Abah adalah orang pertama yang memberikan Express Breast Milk (EBM) kepada Khadijah! Tiada pilihan sebab masa itu Abah sahaja yang menemani saya dan Khadijah di rumah. Mama dan Suami pula bekerja. Walaupun Abah nampak kekok, mana nak dukung lagi, dah tuh nak suapkan susu pulak ditambah dengan keengganan Khadijah memberikan kerjasama, tapi Abah tetap berusaha.
Mak pula adalah orang yang berjaya mengajar dan membiasakan Khadijah menggunakan botol susu ketika minum susu perahan sebelum saya mula bekerja. Deep freezer untuk simpan stok susu juga adalah sumbangan daripada Mak.
Abang Ee, Abang Naz dan Kak Min sentiasa menitipkan kata-kata semangat untuk saya. Satu pesanan yang masih segar adalah supaya mendoakan semoga susu yang diberikan menjadi penawar dan mendatangkan kebaikan kepada Khadijah dan beliau dapat membesar sebaiknya.
Kak Yati dan Auntie Hadar adalah inspirasiku dalam menyusu secara terus hingga usia anak-anak 2 tahun. Walaupun, jarang amat berjumpa Auntie Hadar dan tak pernah meminta tips berkenaan penyusuan susu ibu, tapi telah terkesan dalam hati tatkala melihat Auntie Hadar menyusukan anak beliau suatu masa dulu sebelum saya berkahwin lagi.
Menarik mendengar cerita Auntie Dah yang menyusukan Syabil sambil diselit gurauan lucu menggunakan stok EBM yang terlalu banyak sehingga terpaksa dibuang-buang.
Farah dan Shakirah pula tak lokek ilmu berkongsi cara serta kaedah berkaitan penyimpanan EBM, pam susu yang bagus dan lain-lain ketika diminta atau secara sukarela berkongsi cerita.
Terima kasih tak terhingga buat semuanya.
Perkara yang tidak pernah dirancang, penuh berliku dik kerana perahan susu yang sedikit, stok susu setakat kais pagi makan pagi terutamanya masa Khadijah tetapi pengakhirannya masih baik kerana saya telah dapat menyempurnakan penyusuan Khadijah dan Naufal sehingga usia mereka 2 tahun.
Alhamdullillah atas rezeki Mu Ya Allah.

Tuesday, June 12, 2012
Silat.
Ada kedengaran asalnya silat dari India. Bila sampai di Malaysia 'dibungakan' dengan nama-nama seperti gayung, cekak, dan sebagainya.
Tidak diketahui samada wujudnya silat pulut?
Hebatnya silat Malaysia sehingga berupaya berjalan di atas kaca, tahan api, mandi minyak dan bermacam lagi.
Sebaliknya kalau dilihat seni pertahan diri lain seperti taekwando, taichi, kehebatan yang ada seperti silat tidak ditunjulkan. Ianya amat jarang kita lihat. Mungkin juga mereka simpan rahsia kehebatan mereka.
'Boooooogaaaaan!'.

Monday, June 11, 2012
Sunday, June 10, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Tuesday, June 5, 2012
Saturday, June 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)