Friday, June 25, 2010

Happy Birthday - Tok Abah (Khadijah & Naufal)

Selamat hari ulang tahun daripada kami sekeluarga. Kami sekeluarga mendoakan bapa sihat dalam ibadah. Di panjangkan umur dan dianugerahi kebaikan yang berpanjangan. Untuk kehidupan di hari kemudian kami doakan kepadaNYA diterima semua amalan bapa dan harapan kami moga bapa bersama2 dengan ahli syurga. Moga diperkenankanNYA. Yang maha mendengar lagi mengasihi. Ameen.

Wednesday, June 23, 2010

Kakak suap adek makan.....

Nurins.....

Wassalam,
Faizal Shah Abdul Fatah
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

AmIslamic kini di UIA.

Hari ni tanya khabar uncle Shah. Dia kata busy dengan benda ni.............. Macam2 laaaa uncle Shah tu......
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Free email account from Nokia
http://mail.ovi.com

Tuesday, June 22, 2010

Adek tu....

Teropong huh?

Coretan buat anak-anak.



“Wahai anak-anakku, tolehlah kepada ayahmu,
besok, kamu juga akan bergelar seorang ayah,
tegurlah ayahmu,
jika ayah masih liat bersolat,
Jika banyak bersuka dari berduka,

Jagalah ayahmu daripada syirik
Jagalah ayahmu daripada lalai
Ajaklah ayah supaya Qiamullail
Bukan melihat bola

Mengajak bukan bersuara,
Orang tua selalu suka menyebut derhaka
Walaupun yang ditegur kata-kata biasa
kerana mahu berjasa.

Ajaklah ayah dengan sindiran,
Tunjukkan teladan yang sepadan

Anak-anakku, solatlah sentiasa
mengikut waktu dan masa
Berdoalah sentiasa
Supaya ayah terjaga

yang ayah sudah tua!


Pesan Daddy........



Apalah ertinya renjisan air mawar, beras kuning dan mayang bunga-bungaan ini di tapak tangan anakda berdua. Masakan benda-benda ini dapat membawa apa-apa kebahagiaan dalam hidupmu.

Lalu ayahda dan bonda doakan, semoga anakda berdua:

berada dalam rumahtangga yang damai selalu,
hidup dalam rukun sentiasa,
diberi kesefahaman dalam segala hal, dan
mendapat kebahagiaan yang bertambah setiap hari.

Jikalau terpaksa diduga juga, ya Allah, dugalah dengan yang terdaya anakda hamba ini selesaikan,

Kepada anakda Muhammad Naufal Shah, jangan pernah anakda mengasari isterimu, dan kepada anakda Nurkhadijah Izzati, jangan pernah derhaka pada suamimu.

Patuhilah hukum Allah, dan jangan pernah derhaka pada ayah dan ibumu.

Amin, ya Rabbal alamiiin.