Kuliah Zuhur hari ni Ustaz pesan supaya kita istiqamah dalam menuntut ilmu dan menghadiri majlis ilmu kerana ianya merupakan salah satu Sunnah yang wajib diikuti oleh umat Nabi Muhammad SAW. Menurut Ustaz, sunnah ini ada yang wajib dan sunat. Diibaratkan makan tengah hari. Nasi ibarat sunnah yang wajib dan lauk merupakan sunnah yang sunat. Contoh sunnah sunat ni macam memelihara janggut katanya. Ustaz juga berpesan supaya kita tidak meninggalkan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Untuk Al-Quran kita bukan setakat membacanya sahaja, tapi juga perlu ambil pusing dan usaha untuk memahami maksudnya. Tidak cukup dengan itu kita perlu melaksanakan apa yg difahami tadi. Kita dilahirkan putih bersih dan menjadi kewajipan kita untuk memastikan bila kita kembali kepadaNYA kita berada dalam keadaan yang sama seperti kita mula2 wujud dulu...................
Lagi pesanan Ustaz dalam apa jua tindak tanduk kita pastikan kita niat kerana Allah.
No comments:
Post a Comment