Showing posts with label Kalamazoo. Show all posts
Showing posts with label Kalamazoo. Show all posts

Friday, March 1, 2013

Tali pinggang Kalamazoo - 2000 - 2013

Hari ini hari Jumaat - tali pinggang yang sekian lamanya berkhidmat untuk saya tiba-tiba terputus semasa solat Jumaat. Setelah selesai solat ketika hendak bergerak ke rak kasut, saya terasa begitu kelainan sekali. Ianya kelainan kepada seluar saya.

Bergegas saya ke tandas dan ini sebabnya.

Selamat tinggal tali pinggang Kalamazoo.

Wednesday, January 16, 2013

Kenangan lalu bersama DeMello

Sedikit catatan pengalaman bersama pensyarah-pensyarah dahulu semasa berada di bumi Kalamazoo.

Prof. DeMello - Security Analysis


Subjek ini merupakan subjek yang paling sukar dalam jurusan kewangan. Jangankan untuk nak "score", cukup makan pun belum tentu. Majoriti akan berkata, "alaaaa... kantoilah". Kantoi lagi........

Ianya tiada pilihan. Bila sampai ke tahun akhir pengajian dan melibatkan subjek pengkhususan pilihannya tiada 2 atau 3. Suka atau tidak kenalah duduk di dalam kelas yang satu ini dan mengadap dia! Mesti cari jalan untuk lulus.

Pelajar yang mendapat gred A dalam subjek ini dianggap hebat bukan sahaja oleh pelajar Malaysia. Malah pelajar tempatan juga berpendapat yang sama.

Saya pernah merasainya. Masyaallah ianya sesuatu yang amat diluar jangkaan. Selepas diketahui oleh pelajar-pelajar junior anda akan menjadi reference untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Namun begitu, ianya hanyalah dunia. Ilmu dunia.

Persoalan yang bermain difikiran saya kini, apakah telah cukup bekalan untuk kehidupan di sana yang kekal abadi? Saya sanggup kejar ilmu dunia namun ilmu akhirat saya lesu. Yang pasti baki kehidupan di dunia ini semakin berkurangan. Adakah sempat saya?

Saya minta ampun kepadaNYA.

Friday, December 28, 2012

Sekitar WMU

1) Schneider Hall


Di sinilah sebahagian besar daripada subject kewangan kelasnya di bangunan ini. Bangunan ini mempunyai 3 tingkat. Dalamnya berlantaikan carpet. Ianya seperti berada di dalam hotel. Suasana di dalamnya amat teratur, kemas dan dijaga rapi. Jarak di antara rumah ke 'business school' ini memakan masa 15 minit berjalan kaki.

2) Knauss Hall


Saya kena pergi ke bangunan ini untuk subjek elektif iaitu Economics dan American Politics. Sekali pandang macam bangunan yang tidak ada harapan. Tapi bila masuk ikut pintu yang sebesar itu akan kelihatan betapa banyaknya kelas-kelas yang tersedia ada.

3) Sangren Hall


Di bangunan ini saya ada kelas untuk subjek History dan Japanese. Untuk subjek History kuliah disampaikan oleh pensyarah wanita. Dia seorang yang begitu minat sekali interpret gambar-gambar yang dilukis di batu-batu pada zaman batu. Sehinggakan dinding dewan kuliah dihiassi dengan lukisan-lukisan bermacam bentuk. Kadang tu saya rasa seperti berada di dalam zaman batu!

Untuk subjek Japanese yang menariknya ialah pensyarah yang mengajar kami ialah seorang Japanese. Sangat menarik sekali subjeck ini. Lagi best bila dapat bergaul dengan pelajar Jepun. Pelajar Jepun ini sangat rajin dan tekun. Kadang tu bila bercakap sepatah pun kita tak boleh tangkap kalau mereka bercakap bahasa Inggeris. Tapi bila tiba masa exam, merekalah yang menjadi juara. Mereka hebat!

4) Diether Hall

Saya ke bangunan ini untuk mengikuti kelas Geology. Bangunannya cukup besar dan selesa.

5) Komputer lab


Ianya bersambung dengan Waldo library. Sekiranya hari hujan, anda boleh cuba mengikut jalan bawah tanah.

6) SRC - Student Recreational Center


Dalam bangunan ini anda boleh jogging, main tennis, swimming, gymnasium, squash, aerobic, dan bola sepak. Di semester akhir saya gemar bermain squash. Saya belajar bermain squash ini dengan Khairul pelajar TNB Electrical Engineering. Kami main sampai sakit kaki.

7) Bernhard Center


Tempat yang pertama sekali kami kenal. Di sinilah sesi orientasi di adakan, di sinilah adanya McDonalds, kedai buku, bank, komputer lab dan pejabat pos. Nak lepas boring boleh main snooker, billiard dan video games. Sudah pasti bukan percuma!

8) Sindecuse Health Center


Saya kena pergi ke hospital ini untuk subjek physical education. Telah diwajibkan setiap pelajar untuk terlibat sama ke hospital yang terletak di dalam universiti ini. Semasa sesi saya, kami diajar berkenaan dengan breast cancer. Yang mengajar kami ialah seorang wanita. Semasa praktikal kami diajar cara mengesan breast cancer. Setiap daripada kami dikehendaki mempraktikkan urutan yang diajar. Buat sebab nak dapat markah passed dan earn 1 credit hour.

9) Miller Auditorium



Sudah pastinya semua yang menjejakkan kaki di WMU ini berakhirnya di dewan ini. Saya mencipta sejarah dalam hidup saya di mana pada tarikh 11 December 1999 saya telah berada di dalam dewan ini dan berjalan di pentas untuk peroleh segulung ijazah.

Alhamdulillah.

Wednesday, December 26, 2012

KL - Changi - Chang Kai Shek - Narita - Minneapolis - Kalamazoo

Pertama kali travel seorang diri merupakan cabaran yang hebat. Semasa berangkat ke Kalamazoo saya travel seorangan. Saya hanya ada kawan yang tunggu saya di airport Kalamazoo. Travel agensi yang menguruskan segala ticket seingat saya MSL Travel. Sedikit mencabar kerana banyak connecting flight.

Lagi mencabar ialah saya tidak boleh buat direct luggage check in terus ke Kalamazoo. Saya kena ambil beg di Changi dan di Minneapolis airport.

Flight bermula di Terminal 3 Subang ke Singapura menaiki pesawat MAS bertolak pada jam 1215 tengah malam. Flight kecik saja seingat saya Boeing 737. Penerbangan memakan masa selama dalam 50 minit. Hidangan pada waktu itu hanyalah secawan kecil juice oren dan kacang. Touch down di Changi airport pada jam 1250 tengah malam. Flight berikutnya ialah ke Taiwan pada jam 530 pagi dengan menaiki pesawat Northwest Airlines.


Inilah flight 747 yang saya naiki dari Singapura. Sepanjang perjalanan saya hanya memakan roti. Perjalanan berikutnya ialah ke Chang Kai Shek (Taiwan). Beberapa hari sebelum itu ada sedikit kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa bila sebuah pesawat silap ambil track berlepas dan langgar pembahagi landasan, meletop, terbakar dan putus dua.


Cuak juga masa itu bila tahu nak ke sana. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan selamat mendarat pada sebelah tenghari. Transit di Taiwan memerlukan kami keluar daripada badan pesawat. Hampir sejam setengah kemudian kami masuk balik ke dalam pesawat. Sempat meronda di kawasan dalam airport apa yang boleh disimpulkan ialah begitu banyak sekali batu-batu jade dijual dengan bermacam-macam harga, warna dan keistimewaan.

Perjalanan berikutnya ialah ke Narita. Di sini kami kena ambil bagasi dan kemudian ke terminal lain untuk menukar kapal terbang. Masih menggunakan Northwest Airlines. Di Jepun saya boleh simpulkan ianya negara yang pesat membangun dan bersih. Struktur airport Narita ini bagi saya merimaskan kerana terlalu padat dan tidak banyak ruang kosong. Ianya terlalu berhimpit-himpit (mungkin tidak lagi kini, keadaan pasti berubah). Perjalanan ke Minneapolis akan memakan masa selama 11 jam. Arrgghhhh.............. Sakit belakang.

Tiba di Minneapolis pada jam 1230 tengahari. Airportnya cukup luas. Ianya mengambil masa selamat hampir 40 minit berjalan daripada international terminal ke local terminal. Cukup jaun namun selesa kerana ruang berjalan kaki yg lebar, luas dengan penghawa dingin. Ianya amat selesa. Masih lagi dengan Northwest Airlines tapi kali ini menaiki flight yang kecil daripada Boeing 737. Flight ni kerusinya 2 kiri dan 2 di sebelah kanan. Penumpang tidak lebih 50 orang. Tapi ianya bukan Fokker. Paramugari pada waktu itu ialah perempuan negro berbadan gempal. Penerbangan dari Minneapolis ke Kalamazoo ini memakan masa selama lebih 3 setengah jam. Saya tiba di Kalamazoo hampir jam 430 petang.

Majoriti kawan-kawan serumah balik Malaysia pada musim cuti lama tetapi saya tidak. Saya tidak sanggup balik kerana perjalanannya yang amat meletihkan.

Saya end up 2 tahun tak balik Malaysia. Mama dan abah saya sudah pasti risau kalau-kalau saya tidak mahu balik lagi.

Lagi mereka risau agaknya kalau saya bawa balik orang putih.

Perjalanan ini mengambil masa lebih 24 jam. Saya rasa puas menaiki kapal terbang dan rasa macam tak mau naik lagi.