Khadijah diiringi oleh 6 orang dewasa masa tuh: aku n hubby, tok babah n tok mama, tok abah n mak tok yang datang dari penang semata-mata untuk khadijah. Aku rasa terharu tul dengan sokongan moral yang dorang berikan kepada khadijah dan juga kepada aku n hubby secara tak langsung.
Untuk memastikan keberkesanan maksimum suntikan botox, doktor pesan supaya kami buat fisio secara intensif dan selepas 3 minggu kaki khadijah akan diplaster untuk tempoh 2 minggu.
Alhamdulillah sehingga ke hari nieh khadijah sentiasa bagi kerjasama bila kami 'kerjakan' kaki dia.
Doa kami sekeluarga agar usaha kami diberkati Allah dan keinginan khadijah untuk berjalan dimakbulkan Allah hendaknya. InsyaAllah.