Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Saturday, September 14, 2013
Friday, September 13, 2013
Thursday, September 12, 2013
Monday, September 9, 2013
Bukan sengaja.
Di sana bilik air kata ummi.
Lantas terus saya masuk dan menunggu di dalamnya. Kelihatan 3 bilik air yang penuh. Saya tunggu di dalam namun kelihatan seorang perempuan menunggu di luar bilik air.
Aik..... Mengapa dia tunggu di luar? Saya terus tunggu dan kelihatan seorang wanita keluar dari bilik air. Terus saya masuk.
Hati berkata eh! Kenapa yang keluar itu perempuan?
Setelah selesai kelihatan ummi ketawa bersama Khadijah.
Kata mereka itu bilik air perempuan laaaaarrr!
Ianya kenangan tersilap bilik air di Hospital Selayang.
Posted via DraftCraft app
Friday, September 6, 2013
Kuasa
Saya bertanyakan diskaun untuk bayaran denda. Jawabnya, encik kena ke kaunter bayaran untuk maklumat lanjut.
Ketika berada di kaunter bayaran soalan yang sama saya tanyakan dihadapan pegawai. Jawabnya tegas sekali, tidak boleh. Kena bayar penuh. Diskaun hanya boleh diperoleh di HQ. Ada kenal sesiapa di HQ? Saya jawab tidak.
Apa akibat kalau lewat bayar dari tarikh? Jawabnya tegas akan kena blacklist dan tak boleh renew cukai jalan.
Saya katakan kepada mereka denda ini tidak relevan. Sebabnya saya dapat tahu sekiranya ketika kejadian saya report di kawasan lain saya tak perlu bayar denda.
Apakah ini benar? Boleh buat begitu tapi.......... Saya tegaskan sekali lagi ianya boleh? Sekiranya boleh denda ini tidak relevan. Saya nak diskaun.
Jawab pegawai itu tidak boleh!
Terus saya ke cubicle pegawai dan saya lontarkan isu yang sama. Bukan saya tidak mahu bayar denda. Saya ingin pastikan jumlah yang relevan.
Saya bekerja hanya sebagai seorang kerani.
Pegawai tersebut memanggil pegawai yang sama yang mengatakan tidak boleh kepada saya di kaunter bayaran tadi.
Arahan kepada pegawai oleh ketuanya ialah tolong uruskan bayaran denda ini (yeaahh dapat diskaun).
Encik boleh semak status online.
Alhamdulillah setelah disemak online ianya telah "clear".
Persoalan bermain di minda mengapa pegawai tersebut tolong saya. Adakah disebabkan rasa simpati atau disebabkan ada "loopholes"?
Ia soal kuasa.

Thursday, September 5, 2013
Kata Al-Jahizh.... (Seorang cendekiawan Islam tersohor)
"Sesiapa yang ketika membeli buku tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli hal-hal yang diinginkan, ataupun tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencintai ilmu. Perbelanjaannya tidak bermanfaat sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku, sepertimana si Arab badwi lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya".
Monday, September 2, 2013
Masjid Negara - aircond
Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman - An-Nisaa': 103
Friday, August 30, 2013
Di hujung senja
Luahan seorang makcik yang katanya boring kalau ada seorang anak. Sebabnya bila jemu tidak boleh nak berubah angin ke rumah anak yang lain. Hanya boleh menangis dalam bantal. Dalam bantal? Ya jawabnya. Makcik ambil bantal dan tindihkan ke muka makcik sambil itu makcik menangis.
Berapa anak tanya makcik kepada kami. Jawab kami 3. Alhamdulillah, makcik suka katanya. Jangan jadi macam makcik, anak cuma seorang nasihatnya.
Tambah makcik sekian lamanya hampir 4 bulan, sebelah matanya tidak boleh melihat kerana jangkitan kuman. Insyallah kata kami, selepas makcik mendapat nasihat pakar, makan ubat dan dengan izinNYA makcik akan sembuh. Ini semua ujian Allah. Allah nak menduga kesabaran makcik.
Makcik kelihatan sedih.
Makcik tengok tu! Seorang yang pakai baju merah tu? (Tunjuk ke arah Khadijah yang sedang berlari dari bilik air ke arah kami). Anak saya ini diuji dengan ujian yang lebih besar daripada makcik. Dia diuji pada usia yang jauh lebih muda/kecil daripada makcik. Tapi, dia masih boleh tersenyum riang. Makcik juga boleh jadi macam dia. Riang ria.
Siapa nama anak ini? Namanya Nurkhadijah Izzati.
Makcik tersenyum riang.

Tolong bawa makcik ke bilik air nak......

Subscribe to:
Posts (Atom)