Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Wednesday, May 26, 2010
Coordinate.....
Alhamdulillah saya selesai coordinate training yang kami initiate untuk tahun ini. Penyertaan seluruh Malaysia. Berdasarkan maklum balas insyaalah selepas ni saya nak anjurkan kursus 'impact selling'. Saya sedang menyiapkan approval paper. Saya target bulan Julai ni insyaallah. Peserta puas hati dan gembira dgn kursus tadi. Saya rasa lega.
Tuesday, May 25, 2010
Monday, May 24, 2010
Politik dalam masjid.
Saya setuju bila bincang soal politik dalam masjid soal parti mestilah di tinggal di luar masjid. Secara am sepatutnya dibenarkan berpolitik di dalam masjid dengan mengikuti tata tertib ketika berada di masjid. Penjajah bila mereka jajah kita mereka akan pastikan fungsi masjid itu kalau boleh nak dinyahkan kerana mereka tahu akan kekuatannya. Tren dah tiba.....
Isu kelulusan lesen judi yang baru....
Sempena dengan kempen piala dunia kerajaan telah meluluskan lesen perjudian. Suatu kesilapan kerana semua kaum tahu natijah buruk akibat daripada perjudian ini. Ada berpendapat kekalahan BN adalah disebabkan terlampau banyaknya kelulusan mesin2 judi. Namun, diperingkat pusat mereka masih tidak sedar akan 'message' yang diberikan oleh pengundi. Mungkin kita nak kena letak sepanduk2 besar 'tidak judi'.
Lagi 7 minit.......
Hari ni lewat balik. Jemu pula rasanya menunggu. Tapi tak de ler lama mana sangat nak ikutkan. Hari ni saya minta Khadijah dinner dulu sebab lewat pulang. KD kena dinner cepat sebabnya besok dia sekolah. Ada perkara menarik ingin dikongsi. Seorang yang berpengaruh boleh mengatakan dalam media masa bahawa semua agama adalah sama. Dengan alasan semua agama menyuruh penganutnya berbuat baik. Dalam quran surah al kafirun allah dah kata. Agama kamu, agama kamu. Agama kita, agama kita. Manakan sama? Agak mengerunkan bila mana statement itu dibuat oleh seorang islam yang berilmu agama.
Lari2 sebelum tidur...
Dua beradik ni basah baju berlari depan ke belakang. Adek lari laju pasal ringan. Kakak pun boleh tahan juga laju. Kalau tak sempat break adek melayang.... Adek ni pandai reka. Ada saja idea. Dari depan ke dapur dia lari. Sampai dapur bila kembali semula ke living hall dia merangkak pula. Macam2 laaaaaaaa....
Adek Naufal tu kan.....
Bila dia penat lari2 lepas tu dia letih dan terus lena... Sampai rumah pun dia boleh sambung lagi tidur untuk 2 jam berikutnya. Adek niiii......
Sunday, May 23, 2010
Saturday, May 22, 2010
World cup....
Beli groceries di carefour. Depa bagi buku world cup dan card. Dok pulun atur.....asyik pula. KD dan adek dok main lari2 depan belakang.
Report card day.
Hari ini kami ke sekolah Khadijah untuk hadiri laporan kemajuannya. Antara kerja warna air Khadijah.....
Thursday, May 20, 2010
Motivasi Diri....
Hidup ini satu perjuangan,
Perlukan pengorbanan,
Jangan kesal bila kau kecundang,
Anggap itu bukan penghalang,
Bila jaya usah engkau lupa,
Bila gagal usah kau kecewa,
Berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal tidak erti derita.........
Perlukan pengorbanan,
Jangan kesal bila kau kecundang,
Anggap itu bukan penghalang,
Bila jaya usah engkau lupa,
Bila gagal usah kau kecewa,
Berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal tidak erti derita.........
Subscribe to:
Posts (Atom)































