Tuesday, April 3, 2012

Wahai anak kesayanganku...

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (12)

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (13)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14)

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15)

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (16)

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (17)

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (18)

Monday, April 2, 2012

Wednesday, March 28, 2012

Kenduri Tok Chin

May 26, 2012 - Balik Penang/Pulau.

Monday, March 26, 2012

Mare

E-GL tak balance, interface ke GL problem, HongKong Dollar sama Japanese Yen problem, figure tak tally, islamic dan conventional kena interface ke separate books, watch order no working, Manual entry CTLan new transaction code tak keluar, officer overwrite di branch system tak prompt, Treasury Back Office settlement differences, wrong average book balance which suppose to accumulate rather than daily, settlement enquiry and etc.

Boleh ke nak resolve kalau kerja asyik nak marah aja?

Masalah? Dalam hidup mana boleh lari daripada masalah. Hatta nak ke toilet pun akan ada masalah. Paling tidak tissue tak de.

Hari ni rakan se-project saya observed mood dia marah. Sampaikan diri sendiri buat salah pun nak dimarahi kita? Nak verify sesuatu pun nada suara kita boleh rasa aura marahnya.

Hari ni petang kami ada teleconference bersama development team dari India. Pun sama masih nak memarahi kami. Kadang tu yelah kita ambil masa nak fikir sebab ianya melibatkan forex. Ianya tak semudah abc untuk kata 'Yes'!

Silap kata yes kita dalam bahaya kerana ianya melibatkan treasury system. Bukan sistem main main.

Dia marah lagi!

Apa saya heran?

GrrrrrrrrR!

"Bermilo" bersama KD

Pi market dengan KD

Friday, March 23, 2012

Apa kakak buat tu?

Solat merupakan antara aktiviti yang paling diminati Khadijah.

Ajaib

Kadang tu kita tak jangka langsung dengan keadaan dan limitation yang kita ada kita 'boleh'.

Kalau sekali pandang memang kita akan tewas kerana limitation yang ada pada kita dieksploitasi untuk menidakkan kita.

Ianya kadang tu memakan masa yang lama. Ianya menguji kesabaran kita.

Akhirnya sampai bila golongan ini hendak terdaya menidakkan kita?

Sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia dan DIA berkuasa di atas segalanya mengikut kehendakNYA.

Biasalah ada orang yang tidak puas hati. Katanya I lagi terror bla dan bla.

Debush sekali!

Saturday, March 17, 2012