Monday, March 12, 2012

Allah... Allah... Allah.

Saya diserang sakit pada seawal pagi jam 2:30 pagi. Sakitnya seperti yang saya pernah alami tapi bukan kepalang.

Sakit sungguh.

Semasa dalam sakit saya tak putus putus merayu kepada Allah moga diberi kesembuhan. Pada masa yang sama saya kuatkan semangat melawan sakit dengan meminum banyak air.

Kata 'misi' encik hendak dimasukkan ke wad? Jawab saya tak perlu kerana sekiranya dimasukkan ke wad pun saya tidak boleh berbaring di atas katil. Saya terpaksa berjalan ke hulu ke hilir menahan sakit. Biar saja saya di emergency ni sehingga unit xray buka.

Saya tak putus-putus merayu kepada Allah di dalam hati agar diberi kesembuhan.

Dengan kuasa Allah jua hampir jam 7:30am saya ingin buang air kecil dan saya rasakan sesuatu yang aneh. Ianya berbunyi seperti suatu tujahan keluar dan kemudian sakit terus hilang. Pada mulanya saya terkejut dan masih seriau. Hati kecil berkata eh, betul ke hilang sakit ni?

Jam 820am saya di masukkan ke dalam mesin CT Scan. Saya amat bersyukur kerana ianya telah keluar dan dipastikan oleh Dr pakar.

Allah... Allah ... Allah.

Demikianlah Allah yang memberi penyembuh kepada setiap penyakit. Walau dalam keadaan mana sakit sekali pun kita jangan lupa memohon harap daripadaNYA. Sesungguhnya DIA maha mendengar di atas rintihan hamba-hambanya.

Pengalaman ini membuatkan saya tidak mahu berehat. Saya nak buat apa saja sebaik mungkin selagi diberi kesempatan . Tekad saya, saya hanya mahu berehat bila berada di dalam kubur.

Ianya amat bermakna dalam hidup saya.

Bila smart tutup...

Mungkin masa buat terowong tambatan banjir ni mereka hanya fokus nak elak banjir semata.

Tapi nak bersihkan terowong dalam masa singkat selepas digunakan mungkin mereka terlepas pandang.

Akibatnya setiap kali terowong ini digunakan untuk tambatan banjir besoknya tidak boleh digunakan atau dilalui oleh kenderaan.

Alih-alih nak elak banjir, kesesakan lalulintas menjadi begitu teruk sekali.

Belanja yang berbillion pun, ianya hanya mampu mengatasi masalah banjir walau pun masih ada kawasan yang mengalami banjir.

Bukti betapa terbatasnya kemampuan manusia.

Sunday, March 11, 2012

Friday, March 9, 2012

Thursday, March 8, 2012

Ianya kosong

Selalunya katil emergency penuh. Tidak pada kali ini ianya kelihatan kosong.

Waktu subuh tiba. Saya minta dipinjamkan sejadah untuk solat. Maaf encik kita tak sediakan sejadah. Encik kena ke tingkat 1 untuk solat.

Habis tu kalau saya sakit macam mana nak berjalan ke tingkat 1? Tak mengapa saya solat duduk atas katil saja. Arah kiblatnya begini encik.

Saya lihat majoriti mereka melayu. Tak de sejadah? Macam mana mereka solat?

Allahuakhbar!

Thursday, March 1, 2012

Friday, February 24, 2012

PIBG sekolah Khadijah malam...

Rasa macam nak pi makan kenduri sebab majority cikgu kelihatan 'wow'!

:)

Wednesday, February 22, 2012

Kemahiran buat-buat tidur.

Kemahiran Dhanie dan Naufal adalah sama.

Ianya taktik yang tidak menjadi.

Bersama rakan di sekolah.

Thursday, February 16, 2012

Kreativiti ada di mana-mana.

Inilah hasil kreativiti Naufal. Disusunnya 'sticker' sedemikian rupa.

Mungkin baginya ia kelihatan 'kosong'.

Berlainan pula kalau ditanya pada Ummi dan Khadijahnya.