Tuesday, June 8, 2010

Hairun Airlines......

Saya tak tahu mana perekanya dapat nama kapal ini. Destinasi mana dituju yaa...

Monday, June 7, 2010

Kusyuk, asyik, fokus dan lalai......

Entah mengapa saya terfikir perkataan ni semasa berada di dalam tren. Bunyinya berlainan tapi maksudnya hampir sama. Hmmmmm........

Wah! Dhanie dah besar.......

Saturday, June 5, 2010

Friday, June 4, 2010

Kata adek, cantiknya!

Happy father's day from Khadijah.......

Aktiviti cuti sekolah - malam berinai.......

Khutbah Jumaat: Perpaduan di julang.

Saya berpendapat khutbah Jumaat mesti memberi impak yang kuat setiap minggu. Minggu ni saya agak kecewa kerana khutbah minggu ini diselit dengan issue politik, dikait dengan 1 Malaysia malah nama pemimpin tertentu disebut. Dengar kata tidak boleh berpolitik di dalam masjid. Tapi saya berpendapat message nya merupakan message politik. Saya rasa JAKIM kurang peka dengan peri pentingnya khutbah Jumaat ini. Khutbah Jumaat seharusnya beri impak maksima!

Ping Pong........

Saya mula main ping pong masa sekolah menengah. Abah merupakan yang mula2 perkenalkan permainan ping pong tu kepada saya. Kami mula main ping pong di Kelab Melawati. Masa tu every weekend pagi memang kami main ping pong sama2. Disebabkan minat yang terlampau mama pun belilah meja ping pong di rumah. Kami bermain bukan kepalang. Last2 abah silap orat pinggang. Sejak daripada tu abah dah kurang bermain disebabkan pergerakan yang terhad. Selepas tu kami sibuk dengan study dan akhir sekali saya rasa meja ping pong tu dah reput kut. Saya tak pasti ke mana perginya kelibat meja ping pong tu. Mungkin nanti saya balik saya nak tanya.

Last 2 weeks saya main di rumah mamu Ee. Fuh! best.

Thursday, June 3, 2010

Tak boleh merokok di stesen keretapi. Patut mau tambah lagi. Denda cuci toilet!

Lamanyaaa lagi..

Gelap nak hujan lebat. Angin bertiup kencang sekali. Sejuk! Hari ni saya berpeluang makan malam bersama family. Insyaallah....

Wednesday, June 2, 2010

Saya ingat di restoran mamak aja ada, di stesen keretapi pun ada? Mungkin strategy nak jaga kebersihan di mata pelancong2 kut............

Lewat......

Minggu ni saya terasa 'missing' bersama isteri dan anak untuk dinner bersama. Kerja makin banyak dengan tanggungjawab yang semakin berat membataskan waktu untuk makan bersama. Walau bagaimana pun, sekiranya ada opportunity saya pilih balik awal.........................

Suatu masa nanti......

Saya bercita2 untuk menjadi pensyarah di Jeddah bila pencen nanti. Saya bercita2 solat di masjidil haram atau di masjid nabawi setiap minggu. Alahai, tingginya cita2 saya. Moga di makbulkanNYA.

Tuesday, June 1, 2010

Pelaburan dalam hartanah.

Selepas breakfast di Teluk Kumbar, bapak bawa kami melihat sendiri kawasan perkampungan melayu yang telah dimusnahkan dengan projek2 pembangunan yang dipelopori oleh bangsa lain. Setelah jatuhnya BN, bangsa asing sudah mula mendiami kawasan perkampungan orang melayu. Orang melayu di kampung sebenarnya kaya raya kerana mereka mempunyai tanah yang luas. Namun, saya berpendapat, masih ada banyak peluang yang mana kerajaan boleh memanafaatkan hartanah ini ke arah yang lebih menguntungkan untuk suatu jangka masa panjang dan boleh memberi keuntungan setiap hujung tahun. Apa yang kita dapati, kerajaan lebih gemar mengambil jalan mudah. Yakni jual dan pulangan duit yang selonggok itu. Beginilah nasib orang melayu..........

Mana tapak tangan?

Dua2 hala ada tren. Jarang jumpa selama saya menggunakan perkhidmatan ini.