Tuesday, October 23, 2007

Rama-rama

Hasil kerja Khadijah..... dengan usahasama Ummi.
Ini adalah antara hasil yang terbaik dari anakku iteeww.
Kurang nangis.... dan mata tertumpu pada objek.

tapi, aku tak puas hati betul laa dengan cikgu-cikgu nieh....

dah berapa kali aku bilang.... bukan Khatijah, tapi Khadijah!!

Monday, October 22, 2007

Khadijah mula berjinak2 dgn selendang dan tudung.

"Ummi, Mak Tok, Tok Mama, Tok Sarah, Tok Chuna - Ok taak nieh?"


"Caaaaaaakkkkkkkk"

Malam ni Khadijah mula pandai nak bergaya dgn selendang dan tudung umminya. Berikut adalah aksi dan gaya Khadijah dengan selendang dan tudung umminya.

Kuih Raya Kegemaran Khadijah.........

"Nyam nyam nyammmm"

Tahun ni Khadijah mula menikmati kuih raya. Kuih yg paling diminati ialah kuih sarang semut, chocolate chip dan semperit. Kalau sebelum raya setiap petang Khadijah akan menikmati buah-buahan seperti mangga, betik, pisang, buah labu atau pun apple, tetapi kini kuih raya menjadi makanan pilihan. Selamat menikmati kuih raya!!!!!

Sunday, October 21, 2007

Khadijah berceloteh di rumah tok mamanya.

"Khadijah di rumah tok mama"
Macam biasa hari raya kali ni Khadijah enjoy sangat especially bila dalam bab makan2 nieh. Di rumah tok chuna dia menjamah kuih raya dan nasik lemak. Dia tak mo balik sebab nak makan kuih raya yg berbagai warna, bentuk dan rasa. Sehinggakan tok chuna membekalkan beberapa jenis kuih raya untuk di bawa pulang. Bila di tunjukkan kepadanya baru laaa dia kata bye2 and flying kiss. Khadijah..............Khadijah. Seperti kebiasaan, Khadijah menghiburkan tok chuna dan tok din nya dgn celoteh dan gayanya yg tersendiri.
Aktiviti di rumah tok mama lain pula. Dia naik tangga....... turun tangga. Lepas tu berjalan ke serata tempat di ruang tamu dan dapur. Di mana toilet pun dia dah tahu. Tok nek nampak bertambah sihat. Makan dah lalu. Masih memerlukan tongkat sebagai sokongan untuk berdiri. Yg penting selera makan ok. Hari ni juga Khadijah lunch dengan tok neknya di bilik tok nek di tingkat atas. Sambil dia makan sambil dia berceloteh. Ahad kami mungkin di rumah aja sebab nak elak daripada kesesakan di jalan raya. Sure ramai org pulang dari kampung disebabkan besok Isnin merupakan hari bekerja dan sekolah mula di buka. Masa kami pulang dari rumah tok mama kesesakan dah pun bermula.

Khadijah di Jusco Equine Park - Cari kain gendongnya.

"Ummi, Daddy.....esok jom pi cari kat Giant laaaaa"


"Mana kain nieh. Tak de punnn"


"Khadijah nak pinggan mangkuk gelas - lambung tak pecah, jatuh belum tau"

"I am putting on my shoe. I am ready to take off in 3 seconds."

Friday, October 19, 2007

Cerita Raya Khadijah

Hari raya pertama, kami dok umah mak bapak lepak, sembang dan layan tetamu yang berkunjung. Khadijah seronok.... seronok makan kuih raya dan main ngan aku n daddy ja. Tak mau main ngan sepupu-sepupu dia...... terutama skali adik wafri yang suka mengganggu dan asyik ambil kesempatan ke atas kesopanan dan kesusilaan Khadijah. Aku suka betul laa anak sedara terbaru ku itu..... comel, lawak, pandai tapi garang skit. Ikut sapa pun tak tau laa. Kesian gaks anakku itu.... aku bawak mainan dia, tapi habih semuanya diconquer sepenuhnya oleh sepupu-sepupunya. Yang sebenarnya, depa semua nak main dengan dia...... tapi, Khadijah belum bersedia, dunia dia hanya untuk aku, daddy dan PA saja pada kebiasaannya. Aku harus buat sesuatu untuk pastikan keadaan ini lebih baik. InsyaAllah



Raya kedua.... kami anak-pinak semua keluar beraya. Pi rumah tok-tok sedara dan makcik aku. Khadijah cam hari raya pertama..... layan kuih raya walau di mana berada. Aku rasa raya kali nieh pasti sangat bermakna untuk dia sebab tahun sudah aku tak bagi dia jamah satu kuih pun. Dengan panas terik dan hujan renyai-renyai.... tak ada sekelumit kebosanan pun pada diri Khadijah. Petangnya, masa kat rumah makcik...... aku baringkan dia di atas katil makcik aku yang empuk dengan tinggi yang luar biasa sampaikan Khadijah terlentang dengan asyiknya. Mak Ngah puji..... "baguslah Khadijah nieh, tak meragam pun walau letih berjalan seharian." Barulah aku terperasan..... memang Khadijah jarang meragam dalam keadaan yang seumpanya.... mungkin dia sudah terlatih sejak dari bayi dengan keadaan dan situasi di hospital yang pelbagai adanya. Khadijah hanya akan meragam bila kita tak bagi dia makan saja. hahahaha.... anakku itu, Alhadmulillah.

Thursday, October 18, 2007

Spec Raya


Khadijah ada spec baru.... spec raya laa kira-kiranya. Tapi, sayang.... spec tuh tak best sungguh sebab lensa dia terlalu berat, aku takut berbekas bila Khadijah pakai lama. Jadinya, aku dah minta kedai spec tuh buat balik yang baru..... seperti lensa sekarang yang selesa dan agak ringan. 28 Oktober nanti siap dan Khadijah boleh pakai spec baru terus-menerus. Spek nieh besar skit daripada yang sedia ada.... terlindung laks kening dia.

Noodle Station lagi


Sapa punya nieh? Ambik... ambik....


Khadijah bosan la tuh...

garu-garu kepala sebab ummi tak bagi dia makan.

Wednesday, October 17, 2007

Di dalam kesesakan...apa Khadijah buat? Jeng jeng jeng......

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, October 16, 2007

Kesesakan semasa pulang beraya - Sebelum Terowong waduh waduh...

Sesak sebelum Hentian Sg. Perak

Gembira di hari lebaran.....

"Adik Wafri"
"Kak Long Dina & Kak Ngah Miza - Bestnyaa Kek Mak Tok Buat"

" Hiii Mak Ngah"
"Nyam nyam........bestnyaa nasi nieeehhhh hmmmm"
"Ummi........Jom Ahmmm....Ahm Ahm Ahm"

"Daddy.....Jom Pi Jalan Jom...Jom laaaaaaa"



"Hai.... Selamat Hari Raya!"

Khadijah Bibi........usikan mamu Ee di Hari Lebaran....

Usikan Khadijah Bibi merupakan usikan yg amat disukai Khadijah oleh Mamu Ee di lebaran ini. Bila saja Mamu panggil Khadijah Bibi, lantas Khadijah akan melontarkan jelingan yg sinis dan comel. Suatu jelingan yg menggeramkan. Pada hari lebaran yg pertama ini, Mamu bukan sahaja sibuk melayan Khadijah, tapi juga dengan para tetamu dengan pelbagai celotehnya. Kesian kat Mamu...................

Hah! penatlaaa tu......banyak sangat celoteh.... Kui kui kuiiiiiiiiii........

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku tak wish raya lagi. Jadinya, di kesempatan ini..... aku, suami dan Khadijah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang dok singgah baca cerita kat sini. Dan oleh sebab hari raya..... makanya, harus untuk kami seisi keluarga untuk memohon maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa, terguris hati..... terutama sekali kepada keluarga kami, dan sahabat handai. Khadijah seronok berhari raya kali nieh...... aku dan suami pun turut gumbira. Alhamdulillah.

Intan berlian mutiara baiduri,
Disimpan rapi di bekas sakti,
Hari raya Khadijah berseri,
Makan kuih raya tak mau berenti.

Intan berlian harta pusaka,
Pusaka lama kepunyaan raja,
Hari raya hari bersuka,
Khadijah nak apa pun boleh saja.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
KOSONG KOSONG KAY

Jom pekena mee kat noodle station E-gate, Penang

Saja nak habaq kat hangpa semua...... malam ahad baru nieh, aku dan seluruh keluarga pi makan-makan kat Noodle Station. Khadijah makan angin jaa sebab dia dah makan nasik kat rumah. Kedai makan nieh baru jaa bukak..... memang sedap, lain dari yang lain. Sesapa yang dok area penang atau ada hati nak pi jenjalan kat penang.... leh laa singgah makan kat situ. E-gate dekat dengan tesco..... pemandangan dari e-gate cantik sangat.... sambil menjamu selera kat noodle station, leh laa tengok lautan yang terbentang luas dan jambatan pulau pinang.... oleh sebab dekat dengan laut..... angin dia pun sedap, sepoi-sepoi bahasa gitu.... sampaikan Khadijah tertidur dibuatnya. Tapi..... kat noodle station tuh bukanlah depa jual mee sesaja dia..... macam-macam ada. Pi tengok sendiri. Satu lagi benda.... yang paling penting yang harus aku bagitau kat hangpa semua..... harga murah dan berpatutan. Pi la cuba naa. Aku memang rekeman sesangat.
Kami ada ambiq gambaq... tapi, aku segan nak post sekarang. Nanti bila aku rajin..... aku kongsi kat sini untuk tatapan aku dan jugak hangpa semua.

Thursday, October 11, 2007

Dah dekat hari raya

Ramadhan dah hampir berlalu..... hari jumaat petang aku seisi keluarga akan balik kampung. InsyaAllah. Nak beraya dengan keluarga nun di seberang. Tapi, risau skit........ ahli keluarga aku sakit-sakit dalam minggu nieh. Mungkin juga aku pembawanya..... Khadijah muntah dan cirit-birit sejak hari ahad, PA khadijah laks muntah dan sakit perut seharian semalam, terpaksa aku mintak tolong tok babah n tok mama tengok-tengokkan Khadijah di rumah. Nasib baik hari nieh PA dah sembuh, boleh laaa aku buat urusan aku dengan tenang. Dan, cerita lum habih di situ...... daddy bokteh pun terkena gaks...... cirit birit dan tak sedap badan daripada semalam sampai ke hari nieh. Cam na redabar pun jatuh sakit nieh? Hadoiii laaa..... aku harap sangat..... kami sekeluarga kembali sihat walafiat..... dan dipermudahkan dalam perjalanan nanti. Esok jem ker? Biarlah semua orang dah beransur balik ke kampung hari nieh dan esok pagi....... supayanya aku sekeluarga boleh balik dengan hati yang riang tanpa kesesakan. Yer ker?? Tunggu dan lihat saja laah.
Dah tiga hari Khadijah tidur nyenyak setiap malam dan bangun sekitar pagi subuh untuk menyusu. Dah lama aku nanti-nanikan saat cenggitu...... harap ianya berterusan. Kalau Khadijah tidur lena..... ummi dan daddy pun leh tumpang sekaki. Alhamdulillah.

Sunday, October 7, 2007

Bougainvillea oooooooo Bougainvillea...

" Bentuk pyramid pun cantik jugak ni"
" Hmm keras betul laaaa pokok ni"
Pokok bougainvillea amat mudah di jaga. Tak banyak baja. Tak di siram pun boleh berbunga dengan banyak. Pokok ini menjadi penyeri kepada halaman rumah yg kosong. Tak perlu banyak. Sepokok dua pun dah boleh menyerikan halaman rumah. Alamak!!! hari ni Ummi ada mission nak trim pokok kegemaran daddy mengikut bentuk yg diimpikan oleh Ummi. Hmmmm jadi bentuk apa laa agaknyer yek!

Majlis Berbuka Puasa - Cyberview Lodge and Spa.




Pertama kali Khadijah experience majlis berbuka puasa. Khadijah tersangat happy bila melihat pelbagai juadah yg terhidang. Macam-macma bentuk dan color. Pada masa yg sama Khadijah turut ikut sama makan. Khadijah seperti kebiasaan menjamah makanan khas yg dibawa dari rumah. Kwang kwang kwang. Macam biasa laaaahhh. Tidak lupa, Khadijah juga sempat makan ais krim.

Puding Roti...Resepi teristimewa Ummi..............


Alamak!!! roti dah nak expired. Banyak ni........cam mana nak buat? Satu buku. Hmmmm bulan puasa pula tu. Tak baik kalau mmbazir....buang. Yeaaahhh Ummi dengan skill resepi puding rotinya........mencipta resepi yg nyam nyam nyam. Maka jadilah puding roti dan terselamat lah roti daripada dibuang begitu saja.

16th Ramadhan - Happy Birthday!

Nyam...nyam nyam. Bila daddy ni.....ahm ahmm ahmmmmmmm... Grrr....


Happy birthday to you.............
Happy birthday to you.............
Happy birthday happy birthday..
Happy birthday to Khadijah.

To mamu ee.......

Happy birthday to mamu....
Happy birthday to mamu....
Happy birthday happy birthday.....
Happy birthday mamu ee...............

Clap clap clap......clap clap clap.

Saturday, October 6, 2007

Sehari seminggu

Dah hari sabtu pun.... aku cuti empat hari dalam minggu nieh. Orang sumer sibuk dok apply cuti minggu depan coz nak balik kampung beraya...... aku plak cuti sakan minggu nieh untuk menguruskan Khadijah dah diri aku yang jatuh sakit tak semena-mena. Tiga hari berturut di hospital sangat meletihkan. Aku pasti Khadijah turut berasakan perkara yang sama. Tapi, disebabkan dia masih kecik.... dan tenaga tersangatlah banyaknya.... makanyer kesibukan dia berjalan ke hulu ke hilir di hospital tak dapat dibendung. Ponat aku dan hubby dibuatnya. Apa-apa pun syukur sangat sebab dia tak meragam dan tetap ceria cam biasa, kecuali bila diganggu jururawat bertugas yang check suhu badannya 4 kali sehari. Tekanan darah...... hmmmm..... tak leh nak amik langsung..... menangis sakan.
Khadijah mula berpuasa jam 5.30 pagi. Kata doktor..... giliran Khadijah mungkin sekitar jam 11.00 pagi. Untuk bius..... bayi yang menyusu badan perlu berpuasa selama 4 jam berbanding dengan bayi yang menyusu formula selama 6 jam. Oleh sebab Khadijah dah besar berbanding 3 pesakit lain yang belum pun mencecah umur satu tahun..... makanyer doktor telah aturkan Khadijah sebagai pesakit terakhir yang akan dirawat. Dah tiga kali Khadijah masuk ke bilik bedah dan berpuasa..... dan pada setiap kali itu, Khadijah akan dirawat pada jam 8.00 pagi (kes pertama). Aku kesian dekat Khadijah kali nieh...... biasanya Khadijah bersarapan jam 8.30 pagi..... tapi, pada hari yang berkenaan.... aku bagi Khadijah makan angin..... tak sudah-sudah Khadijah dok selak tudung n baju aku minta disusukan. Kesiannn sungguh laa. Masa Khadijah sibuk dok meminta..... tetiba jururawat panggil aku. Katanya, giliran Khadijah mungkin lewat dari jangkaan.... dia minta aku bagi susu kat Khadijah sekali saja dan puasa balik lepas tuh. Jadinya Khadijah menyusu selama 20 minit dan berpuasa semula sehinggalah jam 12.30 tengah hari barulah masuk ke dewan bedah.