Kesungguhan aku... remeh kepada yang lain. Aku tak kisah sekiranya kesungguhan aku tak dihargai.... tapi, sekurang-kurangnya... sokonglah kesungguhan aku itu untuk kebaikan permata hati. Sudah tiga kali kesungguhan aku membuahkan hasil... walaupun keputusan kepada hasil itu tidak sempurna.... tapi, aku tetap bersyukur kerana ia tidak memudaratkan kesihatan permata hati. Tiga kali yang aku maksudkan, bukanlah hasil usaha sendiri.... tapi dengan kerjasama pelbagai pihak yang dekat di hati.... kesungguhan aku itu turut dirasai dan di diserap ke dalam diri.
Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
KD: Sibuk dengan kerja rumah..........
KD: "Diiieeee......dok aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................".
Wednesday, July 23, 2008
Monday, July 21, 2008
Sunday, July 20, 2008
Khadijah di Pelancaran Hari Koperasi Negara.........

Selamat beristirehat buat semua.
Monday, July 14, 2008
Balik kampung
Hujung minggu baru nieh kitaorang sekeluarga balik kampung. Hati aku berbunga-bunga tak terkata. Dah lama kami tak balik kampung.... dan kali nieh kepulangan Khadijah sangat berbeza dari sebelum-sebelumnya. Khadijah lebih ceria, cergas dan pandai nak bermain dengan sepupu-sepupunya.... berlari gembira mengejar kak long Dina dan Kak Ngah Miza sambil diawasi rapat daddy yang risau puteri kesayangan tersungkur dik kerana larian yang belum stabil sepenuhnya. Sifat penyayang Khadijah sangat terserlah..... ciuman lembut manja di dahi dan pipi seperti tiada kesudahannya untuk sepupu termudanya. Asyik meminta aku mendukung dan mendodoi baby Liya aja kerjanya. Tapi, bila makngah letakkan Liya di ribaannya, ditolak kasar.... tak sudi memeluk..... mahu dicuit-cuit saja. Khadijah sibuk juga minta aku mendodoi sepupu yang setahun muda darinya..... mana laa budak tuh mahu.... budak lelaki yang lasak, tembam dan comel mana mahu didodoi pada bukan waktu tidurnya. Khadijah pandai bermanja dengan maktok.... suka aku melihatnya.... tapi, masih jual mahal dengan tok abah yang suka mengusik dan marah olok-olok sebab Khadijah suka sangat minta daddy mendukungnya. Tok abah kata, cam magnet..... tak leh tengok daddy.... duuuukuuuunnng saja.
Sarapan kat penang memang sedap. Tok abah beli nasik lemak lauk telur dan daging kurma, dok teringat sampai la nieh. Khadijah pun suka.... habih sebungkus siap dengan kuih lepat ubi lagi. Kat sini payah nak carik makanan sesedap makanan kat penang. Lagik satu, dapat makan nasik kenduri penang.... maktok dan tok abah buat kenduri kesyukuran, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Khadijah & Baby Lia.......
KD: "Tahniah Mak Tok"........................
Pada tanggal 11 July 2008 bersamaan hari Sabtu Mak Tok dianugerahi pingat oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Semoga kejayaan Mak Tok ini menjadi kekuatan kepada semua anak2 serta cucu2 untuk terus memacu diri (dalam apa jua bidang yg diceburi) ke pintu kejayaan di dunia mahu pun di akhirat. InsyaAllah.
Sekali lagi, tahniah Mak Tok..............................
Monday, July 7, 2008
Solat.............
Daddy & Ummi: Alhamdulillah dengan perkembangan dan kecerdasan Khadijah dari hari ke hari. Semoga perkembangan positif ini akan berterusan hendaknya. InsyaAllah...........
Tidak lupa kepada seluruh keluarga dan sahabat serta rakan2 yg tidak putus-putus mendoakan Khadijah. Salam daripada kami sekeluarga.
Penat aktiviti di pagi Ahad.
Tengok................. elelelelelelelele........ penat ler tuuuuuuuuuuu....:).
Khadijah beriadah di petang Sabtu.
Wednesday, July 2, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)