Friday, August 30, 2013

Tahniah Adik Liya - Convocation Adik Liya........



Di hujung senja

Luahan seorang makcik yang katanya boring kalau ada seorang anak. Sebabnya bila jemu tidak boleh nak berubah angin ke rumah anak yang lain. Hanya boleh menangis dalam bantal. Dalam bantal? Ya jawabnya. Makcik ambil bantal dan tindihkan ke muka makcik sambil itu makcik menangis.

Berapa anak tanya makcik kepada kami. Jawab kami 3. Alhamdulillah, makcik suka katanya. Jangan jadi macam makcik, anak cuma seorang nasihatnya.

Tambah makcik sekian lamanya hampir 4 bulan, sebelah matanya tidak boleh melihat kerana jangkitan kuman. Insyallah kata kami, selepas makcik mendapat nasihat pakar, makan ubat dan dengan izinNYA makcik akan sembuh. Ini semua ujian Allah. Allah nak menduga kesabaran makcik.

Makcik kelihatan sedih.

Makcik tengok tu! Seorang yang pakai baju merah tu? (Tunjuk ke arah Khadijah yang sedang berlari dari bilik air ke arah kami). Anak saya ini diuji dengan ujian yang lebih besar daripada makcik. Dia diuji pada usia yang jauh lebih muda/kecil daripada makcik. Tapi, dia masih boleh tersenyum riang. Makcik juga boleh jadi macam dia. Riang ria.

Siapa nama anak ini? Namanya Nurkhadijah Izzati.

Makcik tersenyum riang.


Tolong bawa makcik ke bilik air nak......

Tuesday, August 13, 2013

Musim buah di Langgar?

Mengait rambutan dan cempedak.